Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.tam] | هيتم

Definisi : 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.tam] | هيتم

Definisi : warna spt warna arang: Dia memakai baju berwarna ~. ~ berkilat warna hitam yg berkilat. ~ legam (pekat) warna yg sangat hitam. ~ manis warna kulit yg hitam kemerah-merahan. ~ putih pernyataan (perjanjian dll) yg dibuat dgn bertulis dan bertandatangan. ~ tampuk manggis hitam spt kulit buah manggis. menghitam menjadi hitam: Awan ~ di angkasa. menghitamkan menjadikan berwarna hitam; mengecat atau mewarnai dgn warna hitam: Ia ~ lukisannya dgn dakwat cina. kehitaman keadaan hitam. kehitam-hitaman seakan-akan hitam; agak hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hitam
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan aswad, lotong, legam, legap, gelap,
(kata nama:)
Berantonim dengan putih

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan berbahaya
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghitamkan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(88)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
black~ is beautiful, hitam-hitam si tampuk manggis, hitam itu menawan; declare /work, goods/ ~, memulaukan /kerja, barangan/; not so ~ as one is painted, tdk /sejahat, seburuk/ yg dikatakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackadj 1. (rel to colour) hitam: ~ hair, rambut hitam; ~ car, kereta hitam; 2. (of face) merah padam: his face was ~ with rage, mukanya merah padam keberangan; 3. dark-skinned, berkulit hitam: a ~ woman, perempuan kulit hitam; 4. without light, gelap: ~ night, malam yg gelap; 5. (of clouds) hitam; 6. soiled, hitam: the mechanic’s hands and shirt are ~, tangan dan baju mekanik itu hitam; ~ factory chimney, serombong kilang yg hitam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackn 1. (colour) warna hitam; 2./b> black clothing, pakaian hitam: the men wore ~ at the dinner, orang lelaki memakai pakaian hitam di majlis makan malam itu; 3. darkness, kegelapan: the ~ of night, kegelapan malam; 4. member of dark-skinned people, orang kulit hitam; 5. (in chess, draughts) a. (piece) buah hitam; b. (square) tapak hitam; 6. black pigment or colouring, pewarna hitam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-browedadj berkening [adj], [adj] keningnya: a dark ~ maiden, gadis yg berkening hitam or yg hitam keningnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black and whiten 1. (drawing, photograph, etc), /lukisan, gambar, dll/ hitam putih; 2. (attrib) hitam putih: a ~ film, filem hitam putih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black beltn 1. (in judo, karate) a. (belt) tali pinggang hitam; b. (person) ahli /judo, karate/ tali pinggang hitam; 2. (geog) kawasan orang hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black12. implying censure, dishonour, hitam: a ~ mark on his record, titik hitam pd rekodnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ebonyn 1. (wood) kayu hitam; 2. (colour ), (warna) hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ebonyadj 1. of ebony, (yg dibuat drpd) kayu hitam; 2. black, hitam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black and whitein ~, in print or writing, secara hitam putih: I want your promise in ~, saya mahu janji kamu secara hitam putih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas