Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.bu] | ايبو

Definisi : 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : ; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Ibu kapur di lembah paya,
     Tebang balam di cuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
     Minta disimpan seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cluckvi 1. make sound of a hen, berketak-ketak, berketuk-ketuk, berketuk-ketak: the frightened hens ~ed and squawked, ibu-ibu ayam yg ketakutan itu berketak-ketak dan berkeok-keok; 2. talk in a way that shows disapproval, becok merungut; 3. fuss, bersibuk-sibuk; (in direct speech), /katanya, berkata/ dgn becok: stop ~ing like a mother hen, janganlah bersibuk-sibuk sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filialadj of, due from__ son, daughter, /thdp, kpd/ ibu bapa: ~ piety, ketaatan thdp ibu bapa; ~ affection, kasih sayang thdp ibu bapa; ~ duty, kewajipan thdp ibu bapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
isolationn 1. state of being, a. (cut off from other people, places, etc) keterasingan: the ~ of city life, keterasingan hidup di kota ; b. (alone, lonely) kesepian, kesunyian, (keadaan) /terasing, terpencil/: unwed mothers who live a miserable life in ~, ibu-ibu yg tdk berkahwin yg hidup dlm kesedihan dan kesepian; 2. act, process of, a. (causing so. to be cut of from others because of disease) pengasingan: ~ is the only method of controlling the spread of the disease, pengasingan ialah satu-satunya cara utk mengawal merebaknya penyakit tersebut; ~ ward, wad pengasingan; b. (alienating) pemulauan; c. (separating from other substances) mengasingkan: the ~ of a cancer cell, pengasingan sel kanser;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headquartersn ibu pejabat; (of the army) markas: the ~ of the Red Crescent, ibu pejabat Bulan Sabit Merah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breast-fedadj /diberi susu, menyusu pd/ ibu: a healthy, ~ baby, bayi yg sihat yg diberi susu ibu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
common4. widespread, umum: ~ talk, perbualan umum; ~ opinion, pendapat umum; 5. ordinary, usual, biasa: a ~ soldier, askar biasa; a ~ occurrence, kejadian biasa; ~ practice, amalan biasa; it’s quite ~ for working mothers to leave their children with baby minders when they go to work, sudah menjadi perkara biasa bagi ibu-ibu yg bekerja meninggalkan anak-anak mereka dlm jagaan pengasuh kanak-kanak apabila mereka pergi bekerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluck~ over so., fuss over so., bersibuk-sibuk krn sso: his mother ~ed over him as though he was a child, ibunya bersibuk-sibuk kerananya seolah-olah dia budak kecil; ~ over st, (of hen), /berketak-ketak, berketuk-ketuk, berketuk-ketak/ sambil mengeram: hens ~ing over their eggs, ibu-ibu ayam yg berketak-ketak sambil mengeram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
angle 1 vt 1. place, move at an angle, menyerongkan: he ~d his car into the parking space, dia menyerongkan keretanya masuk ke tempat letak kereta; 2. (colloq) present from a particular viewpoint, /mengemukakan, menulis/ [sst] sesuai dgn sudut pandangan [n]: the article seems to be ~d at working mothers, rencana itu dikemukakan sesuai dgn sudut pandangan ibu-ibu yg bekerja; 3. strike, hit at an angle, memukul [sst] menyudut: he ~d the ball over the net, dia memukul bola itu menyudut melangkau jaring; 4. direct at an angle, mengarahkan: she ~d a look behind her, dia mengarahkan pandangannya ke belakang; to ~ a camera, mengarahkan kamera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capital 1n 1. seat of government, a. (national) ibu negara; b. (state) ibu negeri; 2. capital letter, huruf besar; 3. (econ) modal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bothsaya mencari ibu bapa kamu, di mana mereka berdua?; ~ A and B, a. (gen) A dan (juga) B, A serta (juga) B, (baik) A mahupun B, A dan B kedua-duanya, kedua-dua A dan B: there are bedrooms ~ upstairs and downstairs, ada bilik tidur di atas dan juga di bawah; he was ~ proud and happy at his son’s achievements, dia berasa bangga serta gembira atas kejayaan anak lelakinya; the group received a warm welcome, ~ in neighbouring Southeast Asian countries and in the other places which they visited, rombongan itu menerima sambutan hangat, baik di negara-negara tetangga Asia Tenggara mahupun di tempat-tempat lain yg dikunjungi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas