Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mun] | ايمون

Definisi : (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mun] | ايمون

Definisi : ist tidak dpt diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap penyakit polio. mengimunkan membuat manusia atau haiwan imun terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Usaha utk ~ kanak-kanak terhadap penyakit campak. keimunan keadaan imun terhadap sesuatu penyakit setelah diberi suntikan pelalian dsb (bkn manusia atau haiwan): ~ terhadap demam kepialu. pengimunan proses atau usaha mengimunkan manusia atau haiwan terhadap sesuatu penyakit dgn memberikan suntikan pelalian dsb: Program ~ terhadap virus hepatitis B utk orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imun


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
immuneadj 1. protected, secure, a. (from or against disease, poison, etc) imun, lali: ~ to rubella, imun thdp rubela; b. (from or against criticism, attack, etc) lali: he has become ~ to unfair criticism, dia telah menjadi lali thdp kritikan yg tdk adil; 2. exempt (from punishment, prosecution, etc) kebal: ~ from legal action, kebal drpd tindakan undang-undang; 3. not susceptible, lali: ~ to all pleas, lali oleh pujuk rayu; a man who seems quite ~ to the pressures of business life, lelaki yg nampaknya lali thdp tekanan hidup sbg ahli perniagaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas