Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ngin] | ايڠين

Definisi : berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingin (kata kerja)
Bersinonim dengan mahu, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan;,
Kata Terbitan : mengingini, menginginkan, teringin, keinginan, berkeinginan,

Puisi
 

Ingin pergi Kuala Tembelang,
     Tamat berjalan Kuala Cik Bilang;
Sakit di sendi ubat di tulang,
     Mana penyakit bolehkan hilang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
curiousadj 1. eager, interested (to learn, know) ingin tahu; (foll by infin) ingin (sekali): children are by nature, ~, memang sifat semula jadi kanak-kanak ingin tahu; she was ~ to see what he looked like, dia ingin sekali melihat rupa lelaki itu; 2. inquisitive, prying, suka ambil tahu: she is always ~ about her neighbours, dia suka ambil tahu ttg jirannya; 3. odd, aneh: a ~ thing happened, suatu perkara yg aneh terjadi; it is ~ how two very different people can live together, adalah aneh dua orang yg sangat berbeza dapat tinggal bersama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interested3. having curiosity aroused, ingin tahu (apa yg sedang berlaku): they were surrounded by ~ spectators while they argued, mereka dikelilingi beberapa pemerhati yg ingin tahu apa yg sedang berlaku semasa mereka bertengkar; 4. concerned, ingin tahu: I’m ~ to know how much you’ve spent, saya ingin tahu berapa banyak yg telah kamu belanjakan; we shall be ~ to hear the results, kami ingin tahu keputusannya; 5. be personally concerned so as to be partial, berkepentingan: ~ parties, pihak-pihak yg berkepentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eageradj 1. enthusiastic, /amat, sangat, sungguh/ berminat: an ~ student of foreign languages, pelajar yg sangat berminat mempelajari bahasa-bahasa asing; 2. impatiently desirous, ingin /sekali, benar/, sangat ingin, berhasrat benar: the team is ~ to win, pasukan itu ingin sekali hendak menang; ~ for success, ingin sekali mencapai kejayaan; 3. (of eyes, glance) penuh /minat, hasrat/: she pretended not to notice the man’s ~ glance, dia berpura-pura tdk melihat kerlingan penuh hasrat lelaki itu; his ~ eyes devoured the food on the table, matanya yg penuh hasrat itu seolah-seolah menelan makanan yg terhidang di meja; 4. (of embrace) penuh rindu dendam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquisitiveadj 1. fond of finding out esp about other people, bersikap ingin tahu: she is always ~ about other people’s affairs, dia selalu bersikap ingin tahu ttg hal orang lain; 2. showing such a tendency, ingin tahu: she cast him an ~ look, dia melemparkan pandangan ingin tahu kpd lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiosityn 1. eagerness to learn, sifat ingin tahu; (derog), (sikap) suka ambil tahu: children have a natural ~ about the human body, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yg semula jadi ttg tubuh badan manusia; your ~ may lead you into trouble, sikap suka ambil tahu kamu itu nanti akan menyusahkan kamu; be burning with ~, ingin tahu sangat: we were burning with ~ as to what was being said in the next room, kami ingin tahu sangat ttg apa yg diperkatakan di bilik sebelah; 2. so. or st strange, keanehan, keganjilan: a veiled woman would be a ~ in that country, wanita yg memakai purdah merupakan suatu keanehan di negara itu; that old wing chair is quite a ~, kerusi lama yg bersayap itu merupakan suatu keanehan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itch~ for, ingin /sangat, sekali, benar, sungguh/: he was~ ing for the chance to prove his ability, dia ingin sekali membuktikan kebolehannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desirousadj (fml) ingin, berhasrat: he was ~ to gain as much experience as he could, dia ingin menimba pengalaman sebanyak yg boleh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
desirevt 1. long, wish for, mengingini, menghasratkan; (with infin and obj clause) ingin: to ~ wealth and power, mengingini kekayaan dan kuasa; she ~d to be told the truth, dia ingin diberitahu perkara sebenar; she ~d that everyone be present, dia ingin supaya semua orang hadir; 2. have sexual longing for, memberahikan: to ~ so. desperately, amat memberahikan sso; 3. request, meminta: to ~ the immediate withdrawal of the peace-keeping forces, meminta pasukan keamanan ditarik keluar dgn segera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inquiringadj 1. seeking information, ingin tahu, suka bertanya: like most other children the boy has an ~ mind, spt kebanyakan kanak-kanak lain, budak itu mempunyai sifat ingin tahu; 2. expressing enquiry, dgn tanda tanya: she gave him an ~ look, dia memandang lelaki itu (dgn) tanda tanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiouslyadv 1. in a manner showing eagerness to learn, dgn rasa ingin tahu: they observed her ~, mereka memerhatinya dgn rasa ingin tahu; 2. also ~ enough, oddly, yg /anehnya, ganjilnya, peliknya/: ~ enough, although I started off first, he arrived home before I did, yg anehnya, walaupun saya mula dahulu, dia tiba dulu drpd saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas