Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.di] | جادي

Definisi : 1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, ber­lang­sung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~; boleh ~ mungkin, barangkali; ~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding lasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki ta­ngan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi per­to­longan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pe­sanan sese­orang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pan­tai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, ada kalanya senang, ada kalanya susah; sejadinya asalnya (semula jadi): akal ma­nusia dgn keadaan ~ mengandungi se­bahagian drpd makrifat semula jadi; sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuat­nya, sekeras-kerasnya: berteriak ~; menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ penge­rusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. men­jelma sbg; menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tam­­bah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~; menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar bingar; 2. menye­bab­kan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas­ perusa-haan itu; terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh ke­rosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (ter­bentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur; jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (ter­utamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; penjadian perihal (proses) menjadikan, pen­ciptaan, pewujudan; penjadi ark orang dll yg membuat (men­jadikan) sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.di] | جادي

Definisi : 1 selesai dikerjakan; berlaku; berjaya: ~ juga penganan yg saya buat itu. boleh ~ mungkin; barangkali; tidak ~ gagal; tidak berhasil. 2 lahir, dilahirkan: hari ~. 3 = jadinya oleh sebab itu; akibatnya: Hari hujan, ~ tidak dapatlah kita menjemur padi. 4 bersetuju: Dia ~ membeli rumah itu. menjadi 1 dipilih atau diangkat sbg; bekerja atau bertindak sbg: Ia ~ juruacara pd malam itu. 2 berubah kpd rupa (keadaan, bentuk dll) yg lain: Dgn galakan itu, ia ~ lebih rajin sekarang. 3 hidup (tumbuh) dgn suburnya; mendatangkan hasil yg banyak: Sawahnya ~ tahun ini. menjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar dll); makin bertambah: Kerana angin kencang, kebakaran itu pun ~. menjadikan 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. terjadi sudah berlaku: Pembunuhan itu ~ di sebuah kedai kopi yg berhampiran dgn rumah saya. jadi-jadian 1 manusia yg dpt menjelma sbg binatang (terutama menjadi harimau): harimau ~ orang yg menjelma menjadi harimau. 2 bukan keadaan atau bukan rupa yg sebenarnya; kelihatan saja: bunga ~. kejadian 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Kalau mandi abang kini,
     Letakkan dastar atas batu;
Kalau jadi-jadi begini,
     Belikan kita sehelai baju.


Lihat selanjutnya...(171)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
innateadj inherent, semula jadi: an ~ talent for art, bakat semula jadi dlm bidang seni lukis; ~ generosity, sifat pemurah yg semula jadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
birthdayn the day or anniversary of o’s birth, hari /jadi, lahir/: ~ cake, kek hari jadi; ~ present, hadiah hari jadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inbornadj natural, semula jadi: she had an ~ hatred of all forms of cruelty, dia mempunyai rasa benci yg semula jadi thdp semua bentuk ekejaman; an ~ talent for music, bakat semula jadi dlm bidang muzik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bornadj having stated quality (as if) from birth, /ada bakat, berbakat/ semula jadi; (pejorative) memang dasar: a ~ musician, pemain muzik yg ada bakat semula jadi; a ~ leader, pemimpin yg ada bakat semula jadi; a ~ liar; memang dasar penipu; vt; be ~, a. be brought forth by birth, dilahirkan, lahir: he was ~ in April 1966, dia dilahirkan pd bulan April 1966; they were both ~ and brought up in the kampong, kedua-dua mereka dilahirkan dan dibesarkan di kampung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haywireadj; /go, be/ ~, (colloq) a. (gen) jadi /tak tentu hala, kelam-kabut, kucar-kacir/: our plans went ~ because the workers went on strike, rancangan kami jadi tak tentu hala krn pekerja-pekerja mogok; b. (of person) jadi gila-gila: she went a bit ~ after winning a large sum of money, dia jadi gila-gila sedikit setelah mendapat wang yg banyak; c. (of electrical apparatus, machine, etc) meragam, tak tentu hala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fussvi jadi kecoh: she ~es over trifles, dia jadi kecoh ttg hal-hal remeh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inbredadj 1. inherent, inborn, semula jadi: ~ good manners, sopan santun yg semula jadi; 2. bred from closely related ancestors or stock, biak baka dalam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Capricornn 1. zodiacal constellation between Sagittarius and Aquarius, bintang Jadi; 2. (astrol) a. also the Goat, (sign of the zodiac) bintang /Kaprikorn, Jadi/; b. (person), (orang yg) berbintang /Kaprikorn, Jadi/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beit was not to ~, tdk jadi: they were supposed to be married, but it was not to ~, mereka sepatutnya berkahwin tetapi tdk jadi; 11. travel to, visit, [various translations]: I’ve never been in that theatre, saya belum pernah masuk ke panggung itu; has the doctor been?, sudahkah doktor datang?; where have you been?, ke mana engkau (tadi)?; he’s been and gone, tadi dia di sini tetapi sekarang sudah pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
laugh~ so. down, apabila ditertawakan, sso tdk jadi hendak + approp v: he was ~ed down when he started to speak, apabila ditertawakan, dia tdk jadi hendak berucap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas