Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dark5. sinister, jahat: ~ deeds, perbuatan-perbuatan jahat; a ~ purpose, niat yg jahat; 6. obscure, kabur: ~ prophecies, ramalan-ramalan yg kabur; 7. dismal, gelap: a ~ future, masa hadapan yg gelap; 8. hidden, mysterious, tersembunyi, terpendam: a ~ secret, rahsia yg tersembunyi; 9. angry, sullen, marah: a ~ scowl, pandangan marah; 10. unenlightened, kelam: a ~ era in history, era kelam dlm sejarah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eviladj 1. morally wrong or bad, wicked, jahat: he is an ~ man, dia seorang yg jahat; ~ thoughts, niat jahat; 2. causing harm, injury, durjana: an ~ plan, rancangan yg durjana; 3. nfamous, buruk: the house has an ~ reputation, rumah itu mempunyai reputasi yg buruk; 4. very unpleasant, [various translations]: the woman has an ~ tongue, mulut perempuan itu jahat; an ~ smell came from the casket, terhidu bau kohong dr keranda itu; it was an ~ night, malam itu cuaca sungguh buruk; the ~ noise that came from the quarry, bunyi yg menjengkelkan yg datang dr kuari itu; he has an ~ temper, perangai perengusnya sungguh buruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intriguen 1. act, practice of plotting, (membuat) rancangan jahat: this plotting and ~ must be stopped, amalan berkomplot dan membuat rancangan jahat ini mesti dihentikan; he uses ~ to get what he wants, dia menggunakan rancangan jahat utk mendapatkan apa yg dikehendakinya; 2. plot, scheme, rancangan jahat, komplot: there were constant ~s to overthrow the new government, komplot utk menggulingkan kerajaan baru itu sering berlaku; political ~s, komplot-komplot politik; 3. (archaic) secret love affair, hubungan sulit: the ~s of his promiscuous wife, hubungan-hubungan sulit isterinya yg tdk bermoral itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bad7. ill, sakit, teruk: she’s ~ today, dia teruk hari ini; 8. wicked, jahat: a thoroughly ~ man, seorang yg betul-betul jahat; 9. naughty, nakal, jahat: come here, you ~ boy!, mari sini, budak nakal!; 10. immoral, jalang, tdk /berakhlak, bermoral/, liar: a ~ woman, perempuan jalang; 11. not acceptable, distasteful, a. (of behaviour, habit) buruk; b. (of manners) tdk sopan, kasar; 12. rotten, (sudah) busuk: a ~ pineapple, nanas busuk; the fish is ~, ikan itu busuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
devilishadj 1. cruel, diabolical, jahat: plotting ~ schemes, membuat rancangan jahat; 2. very difficult, teruk: a ~ problem, masalah yg teruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cabaln 1. conspiracy, komplot(an), pakatan jahat; 2. group of conspirators, komplot(an), kumpulan jahat, sekongkolan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eviln 1. force that brings about wickedness and harm, (kuasa) jahat: the conflict between good and ~, konflik antara kuasa baik dan kuasa jahat; 2. wickedness, kejahatan: money is the root of all ~, wang ialah punca segala kejahatan; 3. st very unpleasant, harmful, kecelakaan: he spoke out strongly against the ~s of war, dia memperkatakan kecelakaan peperangan dgn keras; some people regard prostitution as a social ~, sesetengah orang menganggap pelacuran sbg kecelakaan sosial;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beastlyadj 1. unpleasant, disagreeable, buruk, dahsyat: what ~ weather, buruk betul cuaca hari ini; 2. unkind, mean, jahat: he’s so ~, dia jahat betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hooligann budak /jahat, nakal, buas/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blackguardn orang /jahat, durjana/, bajingan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas