Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lin] | جالين

Definisi : 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) ram­but dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyu­sunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. me­nyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. me­wujudkan, menjadikan ada: ~ per­sa­habatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, me­masuk­kan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ per­hubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terang­kai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (per­sahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalin­kan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lin] | جالين

Definisi : ; berjalin 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dianyam dsb); beranyam. 2 sudah disusun bersilang-silang; beranyam. 3 ki berhubungan antara satu dgn yg lain; berkaitan. menjalin 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. memperjalinkan menjadikan berjalin atau bertalian (bkn cerita dsb); merangkaikan. terjalin 1 sudah dijalin; teranyam. 2 tersusun (bkn cerita). 3 telah wujud (bkn persahabatan dll). jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin). perjalinan hal atau keadaan berjalin. penjalinan perbuatan (hal dsb) menjalin: ~ raga sebesar itu pun mengambil masa dua hari. penjalin tali atau rotan yg digunakan utk menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalin
Kata Terbitan : berjalin, berjalin-jalin, menjalin, terjalin,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
intricateadj 1. difficult to understand, resolve, rumit: the ~ details of the report, butir-butir yg rumit dlm laporan itu; the ~ processes of government, proses-proses pentadbiran yg rumit; ~ puzzles, teka-teki yg rumit; an ~ problem, masalah yg rumit; 2. entangled and elaborate, berjalin-jalin dan kompleks: an ~ pattern, corak yg berjalin-jalin dan kompleks; ~ carvings, ukiran yg berjalin-jalin dan kompleks; 3. complex, kompleks: an ~ mechanism, mekanisme yg kompleks; the story has an ~ plot, cerita itu mempunyai plot yg kompleks.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
intricacyn 1. quality of being, a. (difficult to understand, resolve) rumitnya, rumit: the plan was marred by the ~ of its details, rancangan itu tercemar krn butiran-butirannya rumit; b. (entangled and elaborate) berjalin-jalin dan kompleks: the ~ of the design, corak yg berjalin-jalin dan kompleks; c. (complex) kompleksnya: early map makers had been baffled by the ~ of the river system, pembuat peta pd zaman dahulu menjadi bingung krn kompleksnya sistem sungai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas