Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jauh] | جاءوه

Definisi : 1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jauh] | جاءوه

Definisi : 1 jarak (di antara dua tempat): ~ di antara rumah saya dgn rumahnya ialah 10 km. 2 besar atau panjang jaraknya (di antara dua tempat); tidak dekat: Rumah saya ~ dr pejabat. Melaka ~ dr Ipoh. 3 tempat yg besar jaraknya dr sesuatu tempat lain; tempat yg tidak dekat: Dr ~, dia nampak adiknya melambai-lambai kpdnya. berjalan ~ pergi ke tempat yg jauh. 4 terlampau; amat sangat; banyak sekali (bezanya dsb): Harga alat-alat solek ~ lebih rendah di sana drpd di sini. ~ drpd cukup tidak mencukupi langsung. ~ hati merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain dan pergi jauh dr sesuatu keadaan. ~ malam larut malam. ~ pandangan a. banyak pengetahuan. b. ingat akan sesuatu yg akan terjadi. berjauhan berada di tempat yg jauh di antara satu dgn yg lain; tidak berdekatan: Kedua-dua sahabat itu ~ sejak beberapa bulan yg lalu. menjauh semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. menjauhi pergi jauh dr; menghindari: Kita mestilah ~ penyalahgunaan dadah. menjauhkan 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. kejauhan tempat yg jauh; jarak yg jauh. sejauh dlm jarak tertentu; sejarak: Ia dpt memanah ~ 100 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Pucuk pauh ulam pauh,
     Pauh tidak diidam lagi;
Tuan jauh saya jauh,
     Jauh tidak terulang lagi.


Lihat selanjutnya...(180)
Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Bermaksud :

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
farthestadj & adv paling jauh, jauh sekali: which town in Selangor is ~ from Kuala Lumpur?, bandar manakah di Selangor yg paling jauh dr Kuala Lumpur?; who among you can run ~?, siapa antara kamu dapat lari paling jauh?; at (the) ~, a. at the most distant, paling jauh: the library is three miles away at the ~, paling jauh, perpustakaan itu tiga batu dr sini; b. at the latest, paling lewat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furthermostadj paling jauh, jauh sekali, terjauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distantadj 1. far apart, jauh: communication was difficult between the two ~ places, perhubungan adalah sukar antara dua tempat yg jauh itu; 2. far off, jauh: travel to ~ parts, mengembara ke tempat-tempat yg jauh; the ~ stars, bintang-bintang yg jauh; the ~ sound of drums, bunyi gendang yg jauh; 3. away, jauh(nya): they set up a tent a few kilometers ~ from the shore, mereka mendirikan sebuah khemah beberapa kilometer jauhnya dr pantai; 4. far away in time, jauh: at some ~ point in time, pd satu ketika yg jauh pd masa depan; 5. faint, remote, a. (of resemblance) sedikit; b. (of prospect) tipis; c. (of allusion) sipi; d. (of connection) jauh; 6. not closely related, jauh: a ~ relative, saudara jauh; 7. abstracted, vacant, jauh: a ~ look, pandangan yg jauh; 8. reserved, aloof, dingin, tdk mesra: a ~ manner, gaya yg dingin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faradv 1. at, to considerable distance in space, jauh: do you live ~ from here?, kamu tinggal jauh dr sini?; we did not go ~, kami tdk pergi jauh; 2. from a considerable distance, dr jauh: did you come ~?, kamu datang dr jauh?; 3. (used with other adv or prep) a great distance in space or time, jauh: they lived ~ away from us, mereka tinggal jauh dr rumah kami; he was ~ ahead of the other runners, dia jauh di hadapan pelari-pelari lain; to look ~ into the future, melihat jauh ke masa depan; 4. a great deal, very much, a. (modifying adj) jauh: the journey was ~ worse than we expected, perjalanan itu jauh lebih teruk drpd yg kami sangka; it would have been ~ better to resign, jauh lebih baik sekiranya dia meletak jawatan; b. (modifying adv), [not translated]: she’s ~ too thin, dia terlalu kurus; it’s ~ too crowded in here, tempat ini terlalu sesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foresightn 1. insight, faculty of foreseeing, pandangan jauh: lack of ~ spoilt the plan, kurangnya pandangan jauh merosakkan rancangan itu; have ~, berpandangan jauh, dapat memandang jauh; 2. (of gun) pejera hadapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep3. situated far in, jauh ke dlm: a house ~ in the woods, rumah yg letaknya jauh ke dlm hutan; 4. situated far down, jauh di dlm: the gold was found ~ in the ground, emas itu dijumpai jauh di dlm tanah; 5. (in measurement) a. (of thing extending far down) dalamnya: a well that is ten feet ~, perigi yg dalamnya sepuluh kaki; b. (of ledge, shelf, mantelpiece, etc) lebar; c. (of cupboard, drawer, etc) jauh ke dalam; d. (of edging, hem, etc) lebar; 6. low-pitched, dalam: a ~ voice, suara yg dalam; the ~ sound of a cello, bunyi selo yg dalam; 7. coming from or reaching far down, panjang:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deepadv 1. far down, jauh (ke dalam): hammer the post ~ into the ground, tukul tiang itu jauh ke dalam tanah; 2. far in, jauh: he disappeared ~ into the crowd, dia menghilang jauh di tengah-tengah orang ramai; our troops penetrated ~ into enemy-held territory, askar kami menembusi jauh ke dalam kawasan musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afaradv 1. from a great distance, dr jauh; ~ off, di kejauhan; from ~, dr jauh; 2. to a great distance, jauh: he has travelled ~, dia telah jauh mengembara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
far-awayadj 1. remote, jauh: ~ places, tempat-tempat jauh; ~ times, pd /zaman, masa/ dahulu; 2. (of look in so’s eyes) dreamy, melayang jauh: his eyes had that ~ look,fikirannya melayang jauh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fartheradv lebih jauh: he could carry the load no ~, dia tdk dapat memikul beban itu lebih jauh; ~ down south, lebih jauh ke selatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas