Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
catechismn 1. questions and answers for religious instruction, soal jawab agama; 2. close questioning, soalan-soalan yg rapi: to face the ~ of the opposition, menghadapi soalan-soalan yg rapi drpd pihak pembangkang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ask~ me another, (colloq ) tanyalah saya soalan lain; I ~ you, (colloq ) cuba /jawab, cakap, katakan/; if you ~ me, (colloq ) kalau kamu hendak tahu apa pendapat saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-firen 1. (kejadian) tembak-menembak: he was caught in the ~, dia terperangkap dlm kejadian tembak-menembak; 2. (fig.) bertalu-talu, bertubi-tubi: a ~ of questions and answers, soal jawab yg bertalu-talu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
give~ over to, a. hand over to, menyerahkan [sst] kpd: the keys to the apartment were ~n over to the security guard, kunci pangsapuri itu telah diserahkan kpd pengawal keselamatan; b. set aside for, (usu pass.) dihabiskan dgn: the rest of the time was ~n over to a question and answer session, masa yg lebih itu dihabiskan dgn sesi soal jawab; c. completely devote (os) to, mengabdikan: he gave his life over to research, dia mengabdikan sepanjang hayatnya membuat penyelidikan; ~ os over to, (a feeling) mengikutkan hati dan [v]: he was feeling down but didn’t ~ himself over to despair, dia berasa sedih tetapi tdk ikutkan hati dan berputus asa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas