Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
lay 1 ~ a trap, <i>(lit. & fig.)i> memasang /jerat, perangkap/: <i>they laid a trap for the wild boar,i> mereka memasang perangkap utk menangkap babi hutan; <i>the man walked into the trap the police had laid for him,i> lelaki itu terus masuk ke dlm perangkap yg dipasang oleh polis untuknya; ~ waste to st, <i>(act.),i> /memusnahkan, meranapkan/ sst; <i>(pass.)i> sst /musnah, ranap/: <i>typhoon laid waste to the country,i> negeri itu ranap disebabkan taufan tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fish~ in; ~ in troubled waters, /menangguk, memancing/ di air keruh, menahan jerat di pergentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gin 2 <i>ni> 1. <i>machine for separating cotton from its seedsi>, mesin busar kapas; 2. <i>trap for catching animalsi>, jerat, jebat, perangkap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cluster~ round st, a. <i>gather round st,i> berkelompok di keliling sst; (<i>in order to see, listen to, etc sti>) berkerumun + <i>approp prep sst: the deer ~ed round the salt-lick,i> rusa-rusa itu berkelompok di keliling jerat; <i>men in ponchos ~ed round the fire for warmth,i> orang-orang lelaki yg memakai ponco berkelompok di keliling unggun api supaya tdk kesejukan; <i>he found a group of giggling school girls ~ed round the notice-board,i> dia mendapati sekumpulan budak sekolah yg sedang ketawa kecil berkerumun di papan kenyataan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas