Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jua] | جوا

Definisi : 1. hanya, tidak lain drpd, sahaja: walau macam mana sekalipun, kita ~ yg kalah; 2. kata utk memperkuat perkataan yg men­dahuluinya: Zaini tunduk dan tidak berkata sepatah ~ pun; ® juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jua] | جوا

Definisi : 1 tak lain drpd; hanya; saja: Tuhan ~ yg mengetahui. 2 kata utk memperkuat kata-kata yg mendahuluinya:Tiada seorang ~ pun yg tampil ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jua

Puisi
 

Siapa makan cubadak,
     Kulitnya tergantung jua;
Siapa adik teragak,
     Duduk bermenung jua.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Jangan puntung berasap jua.

Bermaksud :

Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
form3. way in which st is manifested, arranged, bentuk: he won’t accept criticism in any ~, dia tdk mahu menerima kritikan dlm apa jua bentuk; a piece of music in sonata ~, muzik dlm bentuk sonata; exercise in the ~ of disco dancing, riadah dlm bentuk tarian disko; different ~s of religion, pelbagai bentuk agama; a ~ of government different from ours, bentuk kerajaan yg berlainan drpd bentuk kerajaan kita; coal is a ~ of carbon, batu arang ialah satu bentuk karbon; the creatures found in the spacecraft represented a completely alien ~ of life, makhluk yg dijumpai dlm kapal angkasa itu merupakan bentuk hidupan yg benar-benar asing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
conclude3. (esp US) decide, memutuskan, membuat keputusan: he ~d that he would go after all, dia membuat keputusan bahawa dia akan pergi jua; 4. arrange and settle, a. (agreement, treaty, etc) mengikat: the two countries had ~d a peace treaty, dua negara tersebut telah mengikat perjanjian keamanan; b. (sale, deal, negotiation, etc) mencapai persetujuan dlm: to ~ an arms deal with the rebel forces, mencapai persetujuan dlm urus niaga persenjataan dgn pasukan pemberontak; c. (alliance) membentuk; d. (compromise) mencapai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deplorevt mengesali: the government ~s the guerrillas’ attacks on civilians, kerajaan mengesali serangan-serangan gerila thdp orang-orang awam; he ~s violence of any kind, dia mengesali apa jua jenis kekejaman; is to be ~d, amat dikesali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
budgevi (lit. & fig.) berganjak: the mule refused to ~, baghal itu enggan berganjak; he tried his best but the car didn’t ~, dia mencuba sedaya upayanya tetapi kereta itu tdk berganjak jua; once she made a decision, she wouldn’t ~, sekali dia membuat keputusan dia tdk akan berganjak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anyhowadv 1. in any case, (walau) bagaimanapun: you’re too late ~, walau bagaimanapun saudara sudah terlambat; 2. in any manner, way, dgn cara apa /jua, pun/; 3. haphazardly, secara tdk teratur: she put back the books ~ , dia meletakkan semula buku-buku itu secara tdk teratur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas