[ju.lur] | جولور
Definisi : ; ~-jalar Id keluar masuk, pergi balik; menjulur menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu; menjulurkan mengeluarkan dgn menganjurkan ke hadapan: gadis itu ~ kepalanya di tingkap; terjulur menjulur dgn tiba-tiba, sudah dijulurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.lur] | جولور
Definisi : Mn; menjulur menjalar, merayap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.lur] | جولور
Definisi : ; menjulur 1 menganjur keluar (bkn lidah dr mulut dll); keluar memanjang: Lidah anjing itu ~ kerana kepanasan. 2 (duduk) berlunjur. menjulurkan mengeluarkan dgn menganjurkan ke hadapan; mengeluarkan memanjang: ~ lidah dr mulut. terjulur sudah dijulurkan; menjulur dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)