[ju.ru.te.ra] | جوروترا
Definisi : orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.ru.te.ra] | جوروترا
Definisi : orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)