[ka.cu/] | کاچوق
Definisi : kacau, campur; mengacukkan mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yg berlainan jenis atau baka utk menghasilkan baka yg lebih baik; kacukan 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan); pengacukan perbuatan, perihal, usaha, dll mengacukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.cu/] | کاچوق
Definisi : ; mengacukkan mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yg berlainan jenis atau baka dgn tujuan utk menghasilkan baka yg lebih baik: Lembu yg diimport dr Australia dikacukkan dgn lembu pilihan tempatan utk memperoleh lembu daging. kacukan 1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa. pengacukan perbuatan (hal, cara, usaha dll) mengacukkan: ~ kelapa sawit telah lama dijalankan di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)