Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kais] | کاءيس

Definisi : ; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-­cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kais] | کاءيس

Definisi : ; mengais 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah. mengaiskan menggunakan sesuatu (jari kaki dsb) utk mengais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kais (kata kerja)
Bersinonim dengan mengekas, menguis, mengakas, mencakar, mengorek, mencari;,
Kata Terbitan : mengais-ngais,

Peribahasa

Seperti ayam: kais pagi makan pagi,
     kais petang makan petang.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
handforce so’s ~, memaksa sso utk + v phr: the riots forced the government’s ~ and they had to implement the reforms more quickly than they had originally planned, rusuhan itu memaksa kerajaan bertindak dan mereka terpaksa melaksanakan pembaharuan lebih cepat drpd apa yg dirancangkan terlebih dahulu; from ~ to mouth, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang: living from ~ to mouth, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang; /get, give/ a big ~, /mendapat, memberikan/ tepukan gemuruh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
existencen 1. state of existing or being, kewujudan, wujud(nya), ada(nya): I didn’t know of its ~ until I read about it in the magazine, saya tdk tahu ttg kewujudannya sehingga saya terbaca tentangnya dlm majalah itu; he believes in the ~ of fairies, dia percaya bahawa pari-pari wujud; come into ~, (mula) wujud: many institutions have come into ~ since Independence, banyak institusi telah wujud sejak Kemerdekaan; be in ~, wujud, ada: sophisticated technologies that are now in ~, teknologi canggih yg wujud sekarang; 2. life, way of life, hidup: a farmer in these parts could only eke out a meagre ~, petani yg tinggal di kawasan ini hanya dapat hidup kais pagi makan pagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas