Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li] | کالي

Definisi : 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jk barangkali: ~ dia sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jw sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.li] | کالي

Definisi : sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Puisi
 

Dua kali landak memanah,
     Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
     Bertemu mulut kita janjian.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
frequentadj /kerap (kali), sering (kali), selalu/ + approp v; (attrib) kerap (kali), sering (kali), selalu; (with compar & superl) kerap, sering: thunderstorms are ~ in the area, ribut petir kerap berlaku di kawasan ini; they made~ changes to the text, mereka selalu membuat perubahan pd teks itu; her letters became more ~, suratnya makin kerap diterima; the most ~ visitor was Mr Naidhu, pengunjung yg paling kerap ialah Encik Naidhu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterlive happily ever ~, hidup bahagia selama-lamanya; time ~ time, berkali-kali, berulang kali: I have reminded him time ~ time, berkali-kali saya mengingatkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frequentlyadv kerap (kali), sering (kali), selalu; (compar & superl) kerap, sering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accountb. for o’s own purpose, utk (kepentingan) dirinya sendiri; on no ~, not on any ~, tidak sekali-kali; (imper) jangan sekali-kali: do not on any ~ tell them where I am, jangan sekali-kali memberitahu mereka di mana saya berada; on ~ of so., on so’s ~, /kerana, untuk/ sso: to make sacrifices on so’s ~, berkorban kerana sso; /settle, square/ ~s, a. /menjelaskan, melangsaikan, melunaskan/ hutang, menyelesaikan kira-kira; b. (fig.) membalas dendam; take st into ~, take ~ of st, /mempertimbangkan, memperhitungkan/ sst; /turn, put/ st to (good) ~, menggunakan sst dgn baiknya: in his book, he has put his knowledge of local culture to good ~, dlm bukunya, dia menggunakan pengetahuannya ttg kebudayaan tempatan dgn baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harassvt 1. trouble, torment repeatedly, mengganggu (berkali-kali): they were ~ed by creditors, mereka diganggu berkali-kali oleh pemberi hutang; 2. assault repeatedly, /menyerang, menyerbu/ berkali-kali:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biannuallyadv dua kali setahun: issued ~, dikeluarkan dua kali setahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
biannualadj dua kali setahun, setengah tahunan: ~ issue, keluaran dua kali setahun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double-checkvt memeriksa /sekali lagi, dua kali/; (st written) menyemak /sekali lagi, dua kali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
harrassmentn act of troubling, tormenting repeatedly, gangguan yg berkali-kali: the ~ of witnesses, gangguan yg berkali-kali thdp saksi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fold2-fold suffix kali ganda: the population has increased three- ~ since 1940, bilangan penduduk telah bertambah tiga kali ganda sejak 1940.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas