Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher, rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyang­kutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tinggi), medang biawak, setebal, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, Piper lanatum; akar ~ gajah (ular) sj tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, Piper ribesioides. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : Tr membaling: jangan ~ anjing tu, nanti kena kejar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lung] | کالوڠ

Definisi : barang perhiasan (biasanya drpd emas, manik dll) yg disangkutkan pd leher; rantai leher. berkalung memakai kalung. mengalungi 1 menyangkutkan atau mengenakan kalung atau sesuatu spt kalung pd; memberi berkalung: Tetamu kehormat itu dikalungi bunga. 2 melekat atau berupa spt kalung pd: Seutas rantai mutiara ~ lehernya. mengalungkan menjadikan sesuatu sbg kalung: Beliau ~ bunga malai ke leher tetamu itu. kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: Mereka meletakkan ~ bunga di Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalung (kata nama)
Bersinonim dengan rantai leher, gelonggang.,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
daisy-chainn kalung bunga daisi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coraln (batu) karang; ~ necklace, kalung merjan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chapletn 1. wreath for the head, kalung kepala; 2. string of beads, rantai manik; 3. short rosary, tasbih pendek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circletn (round the head) lingkaran; (worn round the neck) kalung; (worn round the arm) gelang kana, pontoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glintvi 1. gleam, flash, berkilau(an): the surface of the water ~ed in the moonlight, permukaan air berkilauan di bawah cahaya bulan; the brassware ~ed in the showcase, barang-barang loyang itu berkilauan di dlm almari perhiasan; 2. (of eyes) bersinar(-sinar): her eyes ~ed when she saw the diamond necklace, matanya bersinar-sinar apabila melihat kalung berlian itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas