Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
delugevt (lit. & fig.) membanjiri: the monsoon rain ~d the villages, hujan monsun membanjiri kampung-kampung itu; the speaker was ~d with questions, penceramah itu dibanjiri soalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homesicknessn kerinduan thdp kampung halaman; suffer from ~, /merindui, rindu akan/ kampung halaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countrifiedadj (derog) rustic, unsophisticated, spt orang kampung: ~ ways, cara-cara spt orang kampung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homesickadj /merindui, rindu akan/ kampung halaman: she felt ~ in the beginning, but then started to enjoy her new surroundings, dia pd mulanya merindui kampung halaman, tetapi kemudiannya berasa seronok dgn keadaan sekeliling yg baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countryadj 1. a. from the country, desa, kampung: a ~ girl, gadis desa; b. of, in the country, desa: a ~ house, rumah desa; ~ sports, sukan desa; ~ life, hidup di /kampung, desa/; 2. country and western, lagu rakyat Amerika: a ~ singer, penyanyi lagu rakyat Amerika;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kampongn kampung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
folkn 1. (US often ~s) people in general, orang: country ~, orang kampung; city ~, orang bandar; 2. (esp US), (always in pl), (family) keluarga; (parents) orang tua, ibu bapa: the ~s back home, keluarga di kampung; 3. (colloq), (as term of address) kawan-kawan, saudara saudari, pak cik mak cik, tuan-tuan dan puan-puan [as appropriate]; 4. (colloq) ~ music, muzik rakyat: he doesn’t like ~, dia tak suka muzik rakyat; ~ concert, konsert muzik rakyat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
home~ front, barisan belakang; ~town, kampung halaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hickn (colloq) orang /hulu, kampung/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headmann (of village) ketua kampung; (of tribe) ketua /kaum, puak/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas