Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.nan] | کانن

Definisi : 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu; menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke PBB; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.nan] | کانن

Definisi : 1 bahagian yg di sebelah timur apabila kita menghadap ke utara; bahagian yg berlawanan dgn kiri: Dia duduk di ~ saya. 2 tinggi pangkatnya dll: Dia pegawai ~ di pejabat itu. menganankan membawa ke arah kanan; memutarkan ke arah kanan. kekananan kedudukan atau taraf yg lebih tinggi: Kenaikan pangkat bukan saja didasarkan pd ~ seseorang, tetapi juga pd kecekapan dan pencapaiannya dlm menjalankan tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kanan (kata nama)
1. Berantonim dengan kiri

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tinggi, utama, penting,

3. Dalam konteks politik
bersinonim dengan konservatif, sederhana,

Kata Terbitan : terkanan, kekananan,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
each~ and every, tiap-tiap, setiap (+ classifier): ~ and every pupil, tiap-tiap murid; ~ and every house, tiap-tiap rumah; ~way, to the left and right, ke kiri (dan ke) kanan: look ~ way, pandang ke kiri kanan; on ~ side, (di) sebelah-menyebelah, di kiri kanan, di sebelah kiri dan kanan: the houses on ~ side, rumah di sebelah-menyebelah; on ~ side of, di kedua-dua belah, di kiri kanan: on ~ side of the road, di kedua-dua belah jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ambidext (e) rousadj 1. skilful with both hands, dwicekatan, /dapat, boleh/ + approp v dgn tangan kanan atau tangan kiri: an ~ badminton player, pemain badminton yg dapat bermain dgn tangan kanan atau tangan kiri; 2. double - dealing, hypocritical, bermuka dua, bermuka-muka; (of policy) bermuka-muka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girl Fridayn tangan kanan: she has worked under the manager for ten years and has become his ~, dia telah bekerja di bawah pengurus itu selama sepuluh tahun dan sudah menjadi tangan kanannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firebetween two ~s, ditembaki dr kiri kanan; come under ~, a. mula ditembaki; b. (fig.) diselar, dikecam, dibidas; covering ~, tembakan pelindung; draw so’s ~, mengalih perhatian sso dgn menembak; fight ~ with ~, melawan api dgn api; go through ~ and water, mengharungi lautan api; hang ~, tergantung; hold o’s ~, menahan drpd menembak; (imper) jangan tembak dulu; be in the line of ~, berada dlm kawasan tembakan; open ~, mula menembak; play with ~, bermain api; return (so’s) ~, membalas tembakan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eitheron ~ side (of), di sebelah-menyebelah, di kiri kanan: there are chairs on ~ side of the table, ada kerusi di sebelah-menyebelah meja itu; he entered with a guard on ~ side, dia masuk dgn pengawal di kiri kanannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buttockn (left side) punggung kiri; (right side) punggung kanan; the ~s, punggung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eye~s /front, left, right/, (as interj) pandang /hadapan, kiri, kanan/; be all ~s, (colloq), /memandang, melihat/ dgn penuh minat: the children were all ~s when the clown appeared, kanak-kanak memandang dgn penuh minat apabila pelawak itu muncul; an ~ for an ~, hutang darah dibayar darah; /before, in front of, under/ so’s ~s, di hadapan mata sso: her husband was hacked to death before her very ~s, suaminya ditetak hingga mati betul-betul di hadapan matanya; cannot take o’s ~s off, tdk dapat /mengalihkan, melepaskan/ pandangan sso dr: he just couldn’t take his ~s off the brunette, dia tdk dapat mengalihkan pandanganya dr wanita yg berambut perang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back~ and forth, a. (of pendulum, wiper, etc)/ ulang-alik, ke kiri ke kanan: he watched the pendulum swing ~ and forth, dia memerhatikan buah jam itu berayun ulang-alik; b. (of person walking, pacing) mundar-mandir: to walk ~ and forth, berjalan mundar-mandir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chiefadj 1. head, ketua: ~ accountant, ketua akauntan; ~ editor, ketua editor; ~ clerk, kerani /kanan, besar/; 2. main, utama: his ~ supporters, penyokong-penyokong utamanya; ~ port, pelabuhan utama; the ~ cause of the government’s downfall, sebab utama kerajaan itu jatuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hingevi 1. berengsel: the cupboard door ~s to the right, daun pintu almari itu berengsel di sebelah kanan; 2. (fig.) usu ~ /upon, on/, bergantung pd: everything ~s upon the next match, segala-galanya bergantung pd perlawanan yg akan datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas