Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm se­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.du.ngan] | کاندوڠن

Definisi : 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Peribahasa

Tanah lembab (= lembah) kandungan air,
     kayu bengkok titian kera.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
abortionistn orang yg menggugurkan /kandungan, anak/, penggugur kandungan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abortionn 1. premature expulsion of embryo or foetus, a. (by artificial means) pengguguran /kandungan, anak/ (sso), membuang kandungan: she died after an ~, dia meninggal dunia selepas pengguguran anaknya; b. (by natural process) keguguran: her pregnancy terminated in an ~, kehamilannya berakhir dgn keguguran; have an ~, a. (by artificial means) membuang kandungan, membuang hamil, menggugurkan /anak, kandungan/; b. (by spontaneous expulsion) keguguran; 2. failure, kegagalan, kebantutan, terbantutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
content 1n 1. (in pl) that which is contained in st, isi, kandungan: the ~s of the box, isi peti itu; he disregarded the ~s of the letter, dia tdk mempedulikan kandungan surat itu; she emptied the bottle of its ~s, dia menuangkan kesemua isi botol itu; table of ~s, daftar kandungan; 2. substance, meaning of work of art, discussion, etc, isi, kandungan: a poem that is poor in ~, sebuah puisi yg tdk cukup isinya; 3. capacity, muatan: the ~ of a cask, muatan sebuah tong kayu; 4. amount of substance contained in st, kandungan: the ore has high nickel ~, bijih itu tinggi kandungan nikelnya; high cholesterol ~, kandungan kolesterol yg tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abortvt 1. cause to be delivered of foetus prematurely, menggugurkan /kandungan, anak/: the doctors decided to ~ her, doktor-doktor memutuskan utk menggugurkan kandungannya; 2. to bring forth prematurely, menggugurkan: to ~ a twelve-week old foetus, menggugurkan janin yg sudah dua belas minggu dlm kandungan; 3. terminate prematurely, membantutkan, menyebabkan terbantut: to ~ a plan, membantutkan rancangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heat contentn kandungan haba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itI’m expecting my second child and I hope ~ will be a boy, saya mengandung anak kedua dan berharap anak dlm kandungan saya ini lelaki; the baby is now five months old; ~ has black hair and brown eyes, bayi itu berumur lima bulan; rambutnya hitam dan matanya coklat; the baby’s crying again; perhaps there’s something wrong with the milk ~ has been drinking, bayi itu menangis lagi; mungkin susu yg diminumnya tdk elok; ii. (used as obj of verb) -nya; (in pass. contruction) dia, ia, [or not translated]: we could not help wondering what would happen to the baby once ~ was born, kami tertanya-tanya apa akan terjadi pd bayi itu sebaik sahaja dia dilahirkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debate~ /about, on, upon/, memperdebatkan, mendebatkan, mem(per)bahaskan: they ~d on the question of legalised abortion, mereka memperdebatkan soal pengguguran kandungan yg dibenarkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
againstprep 1. not in favour of, opposed to, a. (gen) menentang: to be ~ apartheid, menentang dasar aparteid; public opinion seems to be ~ legalizing abortion, pendapat umum nampaknya menentang usul mengesahkan pengguguran kandungan; b. (proposal, motion, etc) menentang, membantah, membangkang: he voted ~ the motion, dia mengundi menentang usul itu; c. (enemy) menentang, melawan: to fight ~ subversive elements, berjuang menentang anasir-anasir subversif; d. (of vote) menentang: there were twenty votes for him and five ~ him, terdapat dua puluh undi yg menyokongnya dan lima yg menetangnya; e. (of condition, circumstances, etc) [various translations]: the weather was ~ us, cuaca seolah-olah menentang kami; the odds seem to be ~ his getting the job, nampaknya terlalu banyak halangan baginya utk mendapat kerja itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absorbvt 1. suck up, take in, menyerap: cotton wool ~s water, kapas menyerap air; a material capable of ~ing sound, sejenis bahan yg dapat menyerap bunyi; to ~ the contents of a book, menyerap kandungan sesebuah buku; 2. use up, engage, a. (so’s attention, interest) menuntut: his work ~s all his attention, kerjanya menuntut seluruh perhatiannya; b. (time) menghabiskan, mengambil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
compositionn 1. act of composing, a. (literary work) mengarang; b. (song, music, etc) penggubahan; c. (printing) penyusunan huruf; 2. st composed, a. (work of art) gubahan; b. (song, music, etc) gubahan; c. (essay) karangan, esei; 3. constituent parts, kandungan, komposisi; (of a body of people) komposisi: to analyse the ~ of the soil sample, menganalisis kandungan sampel tanah; the ~ of the working commitee, komposisi jawatankuasa kerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas