Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
dejectedadj kecewa: he seems ~ and listless, dia kelihatan kecewa dan tdk bermaya; in a ~ voice, dgn nada suara yg kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disenchantedadj (berasa) kecewa: he was ~ with the movement, dia berasa kecewa dgn pergerakan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dispiritedadj tdk bersemangat lagi, kecewa: he looked completely ~, dia kelihatan betul-betul kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
defeatistn orang yg mudah /berputus asa, kecewa/; ~ attitude, sikap mudah /berputus asa, kecewa/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embitteredadj (of person) marah dan kecewa: ~ by his many failures, he grew into a lonely old man, marah dan kecewa akibat terlalu sering gagal menjadikannya orang tua yg kesepian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dejectionn kekecewaan; in ~, dgn perasaan kecewa: he waited in ~ for the day to arrive, dia menanti ketibaan hari itu dgn perasaan kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointedadj 1. unhappy because expectation is not fulfilled, kecewa, hampa: he’s ~ that you turned down the offer, dia kecewa krn kamu menolak tawaran itu; 2. frustrated, hancur: ~ hopes, harapan yg hancur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embittervt cause to be bitter, menyebabkan [sso] berasa marah dan kecewa: the experiences of his childhood have ~ed him, pengalaman zaman kanak-kanaknya menyebabkan dia berasa marah dan kecewa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashedadj (euphem) see DAMNED (senses 2. & 3.); be ~, berasa /hampa, kecewa/: he was somewhat ~ by the news, dia berasa agak kecewa mendengar berita itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dismayvt 1. shock, (act.) mengejutkan; (pass.) terkejut; 2. dishearten, (act.) mengecewakan; (pass.), (berasa) kecewa: they were ~ed by their child’s failure, mereka berasa kecewa krn kegagalan anak mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas