Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : (kécoh) heboh, bising, riuh: ke-dengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat he­boh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ perbuatan curang; tipu (ketika menyukat atau menimbang sesuatu): kena ~ kena tipu; tertipu. mengecoh berlaku curang kpd; menipu: Pekedai-pekedai selalu ~nya. pengecohan perbuatan mengecoh; penipuan. pengecoh orang yg menipu (dlm perniagaan dll); penipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ké.coh] | کيچوه

Definisi : /kécoh/ riuh-rendah; heboh; bising. mengecoh membuat bising (riuh); membising. mengecohkan menjadikan bising (riuh); meriuhkan: Jerit pekik mereka ~ suasana. kekecohan keadaan atau suasana kecoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecoh

Peribahasa

Samun sakal berdarah tangan.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kicang-kecoh ciak). samun sakal = merampas dan menganiaya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fussn nervous or excited activity, commotion, kekecohan, kehebohan, kecoh, heboh: what’s all the ~ about ?, apa yg kecoh ini?; it’s a lot of ~ about nothing, banyak kecoh tdk berpasal; she causes a ~ wherever she goes, dia buat kecoh di mana sahaja dia pergi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fussvi jadi kecoh: she ~es over trifles, dia jadi kecoh ttg hal-hal remeh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fussmake a ~, buat /kecoh, heboh/: he made a ~ about the bad service, dia buat kecoh ttg layanan yg buruk itu; make a ~ /of, over/, /bersusah-susah, bersusah-payah/ melayan: she made a ~ of the children, dia bersusah-susah melayan budak-budak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hellraise ~, (colloq) buat /kecoh, honar/: she is going to raise ~ when she sees what’s happened, dia akan buat kecoh apabila dia nampak apa yg telah terjadi; there’ll be ~ to pay, (sl) buruk /akibatnya, padahnya/: there’ll be ~ to pay if we are caught, buruk padahnya jika kita tertangkap; to ~ (with), pergi jahanam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fuss-pot, fuss-budgetn (colloq) kaki kecoh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fussyadj 1. over-ornamented, lebih dihiasi: the furniture was too ~ for the small room, perabot itu terlalu lebih dihiasi utk bilik kecil itu; 2. agitatedly busy, bustling, suka buat kecoh: a silly, ~ woman, perempuan bodoh yg suka buat kecoh; 3. fastidious, cerewet: she’s very ~ about her house, dia sangat cerewet ttg rumahnya; he’s ~ over details, dia cerewet ttg perincian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flutterflutter n 1. quick, flapping motion, (of wings) mengepak-ngepak; (of eyelashes) mengerdip-ngerdipkan, mengedip-ngedipkan; (of fan) menggetar-getarkan, menggerak-gerakkan: the birds rose with a ~ of wings, burung-burung itu terbang dgn sayap mengepak-ngepak; 2. (colloq) excitement, kekecohan, agak kecoh: the news of the visit caused a ~, berita ttg lawatan itu menimbulkan kekecohan; be / all of, in/ a ~, agak gelabah; (of more than one person) agak kecoh; put so. in a ~, menyebabkan sso agak /gelabah, kecoh/: his statement put the experts in a mild ~, kenyataannya menyebabkan para pakar agak kecoh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas