Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mem­punyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mem­pamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecil­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dai] | کداي

Definisi : bangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(28)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
downtownadj (esp US) the business centre of, pusat bandar: in ~ New York, di pusat bandar New York; the ~ shops, kedai-kedai di pusat bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
house4. place for refreshment, kedai: eating ~, kedai makan; 5. business firm, syarikat; (owned by family) gedung perniagaan keluarga: a publishing ~, syarikat penerbitan; the H~ of Rothschild, gedung perniagaan keluarga Rothschild; ~ magazine, majalah syarikat; fashion ~, gedung fesyen; ~ style, gaya penerbit; 6. a. theatre, panggung: a full ~, panggung penuh; b. theatre audience, seisi panggung: the whole ~ laughed, seisi panggung ketawa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cracker-barreladj (US) kedai kopi: ~ philosophy, falsafah kedai kopi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handby ~, dgn tangan: was this embroidery done by ~?, adakah sulaman ini dibuat dgn tangan?; a letter to be delivered by ~, surat yg akan dihantar dgn tangan; (close, near) at ~, a. within easy reach, /dekat, berhampiran /dgn + approp n: this place is quite convenient as the shops are close at ~, tempat ini sesuai krn kedai-kedai berhampiran dgn rumah; b. imminent, sudah hampir: the final examinations are close at ~, peperiksaan akhir sudah hampir; peace is at ~, keamanan sudah hampir; come to ~, turn up, dijumpai: the latest evidence has just come to ~, bukti terbaru telah pun dijumpai akhir-akhir ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleecevt 1. (colloq) a. swindle by tricking, ( act.) menipu; (pass.) kena tipu, ditipu; b. swindle by overcharging, (act.) memotong leher; (pass.) kena potong leher, dipotong leher: the souvenir shops along the waterfront really ~ tourists, kedai-kedai cenderamata di tepi pantai betul-betul memotong leher para pelancong; 2. shear, mengetam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distributevt 1. divide, membahagi-bahagikan, mengagih-agihkan: he ~d his property fairly among his children, dia membahagi-bahagikan hartanya dgn saksama antara anak-anaknya; 2. deal out, mengedarkan: they are distributing pamphlets in this area, mereka sedang mengedarkan risalah di kawasan ini; 3. spread, a. (gen) tersebar: fast-food outlets are ~d all over the city, kedai-kedai makanan segera tersebar di merata-rata kota; b. (seeds) menaburkan, menyebarkan: the seeds were ~d over a wide area, biji benih itu ditaburkan di merata-rata kawasan yg luas itu; c. (liquid) meratakan: the paint must be ~d over the whole surface, cat itu hendaklah diratakan di seluruh permukaan itu; 4. divide into parts, membahagikan: the lessons were ~d over 20 chapters, pelajaran itu dibahagikan kpd 20 bab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haberdasheryn 1. (goods), (UK) barang-barang keperluan pakaian; (US) pakaian lelaki; 2. (shop), (UK) kedai menjual barang-barang keperluan pakaian; (US) kedai menjual pakaian lelaki; 3. (business), (UK) perniagaan menjual barang-barang keperluan pakaian; (US) perniagaan menjual pakaian lelaki: he went into ~ some years ago, dia bergiat dlm perniagaan menjual barang-barang keperluan pakaian beberapa tahun yg lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appear6. come before the public, a. (gen) tampil: you cannot ~ in public dressed in such clothes, kamu tdk boleh tampil di khalayak ramai dgn berpakaian begitu; he was invited to ~ before the delegates at the convention, dia dipersilakan tampil di hadapan perwakilan dlm perhimpunan itu; b. (in a publication) tersiar: his article ~ed in a medical journal, artikelnya tersiar dlm sebuah jurnal perubatan; it was the first time his photograph had ever ~ed in a newspaper, itulah kali pertama gambarnya tersiar dlm akhbar; c. (of publication) terbit: a new magazine will ~ next month, sebuah majalah baru akan terbit pd bulan hadapan; d. (of recording) dikeluarkan; e. (for sale) terdapat: his latest novel first ~ed in the shops last week, novel terbarunya terdapat pd kali pertama di kedai-kedai minggu lepas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cafen kedai kopi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bookshopn /kedai, toko/ buku.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas