Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan, perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perem­puan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan pe­rempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidup­an sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.min] | کلامين

Definisi : 1 pasangan lelaki dan perempuan; dua dlm sepasang. 2 suami isteri dan anak-anak; keluarga. jenis ~ jenis lelaki atau perempuan, jantan atau betina; jantina. berkelamin 1 berpasangan. 2 beristeri atau bersuami; bersuami atau beristeri dan beranak. mengelamin mengahwini. perkelaminan keadaan atau hal hidup berkelamin. sekelamin 1 sepasang suami isteri; sepasang (jantan dan betina). 2 sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelamin (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, jantina, seks,

2. Bersinonim dengan keluarga: seisi rumah, batih,

Kata Terbitan : sekelamin, berkelamin, mengelamin,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
genitalsn alat kelamin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double bedn katil kelamin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
genitalian ( fml) genitalia, alat kelamin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facts of lifen (colloq), (euphem) hal-hal kelamin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bedn 1. bedstead with mattress (and coverings) katil, tempat tidur: double ~, katil kelamin; single ~, katil bujang; 2. bedstead, (of wood) katil; (of metal) ranjang; 3. mattress and bedclothes, katil, tempat tidur: the ~ is unmade, katil itu belum dikemaskan; 4. any sleeping place, tempat tidur: he used an old box as a ~ for his cat, dia menggunakan kotak lama sbg tempat tidur kucingnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double3. two, dua: the word is spelt with a ~ “p” and a ~ “l”, perkataan itu dieja dgn dua “p” dan dua “l”; a ~ row of trees, dua baris pokok; 4. (used in speech) twice, [repeat the number mentioned]: my office number is 2,4,8,1,0 ~ 1, nombor telefon pejabat saya ialah 2,4,8,1,0,1,1; 5. intended for two persons, kelamin: a ~ bed, katil kelamin; ~ room, bilik kelamin; 6. in two layers, berlapis: ~ saucepan, periuk berlapis; ~ yarn, yan berlapis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas