Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.lo/] | کيلوق

Definisi : (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh­selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.lo/] | کيلوق

Definisi : /kélok/ 1 liku (pd jalan, sungai dll); selekoh. 2 garis yg melengkung dlm graf dll. berkelok 1 melengkung. 2 bertukar haluan; berbelok ke kanan atau ke kiri. berkelok-kelok 1 berliku-liku (bkn jalan dll); tidak lurus. 2 bertukar haluan (berkali-kali). mengelokkan 1 membuat supaya berkelok; melengkungkan; membengkokkan. 2 membelokkan sesuatu: ~ kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bendn 1. curved part, a. (of road) selekoh, siku, liku, kelok, lengkok: a road full of ~s, jalan yg penuh dgn selekoh; b. (of other things) lengkung: the ~ of the handlebar, lengkung gagang basikal; the ~ of the back, lengkung belakang sso; the ~ of an arched window, lengkung tingkap gerbang; 2. act of bending, [various translations]: with a quick ~ of the body, dgn melengkungkan badannya cepat-cepat; with a slight ~ of the knee, dgn membengkokkan kakinya sedikit; put a ~ in st, membengkokkan sst; (go) round the ~, (colloq), (sudah) gila; straighten out a ~ in st, meluruskan sst; take a ~, menyelekoh; there is a ~ in st, sst bengkok: there is a ~ in the curtain rod, alang langsir itu bengkok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas