Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
goc. return to (an earlier point in time), /kembali, balik/ semula: let us ~ back to the point discussed earlier, mari kita kembali semula kpd perkara yg telah dibincangkan lebih awal; d. trace descent, boleh disusul kembali keturunan hingga: his family ~es back to the 18th century, keluarganya boleh disusul kembali keturunannya hingga ke abad ke-18; e. return to activity one was engaged in, semula, kembali, balik: ~ back to sleep, tidur semula; ~ back to work, bekerja semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backslidevi kembali /ke asal, ke perangai lama/, /berbuat dosa, melakukan kejahatan, menyeleweng/ /semula, kembali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backslidern orang yg kembali /ke asal, ke perangai lama/, orang yg /berbuat dosa, melakukan kejahatan, menyeleweng/ /semula, kembali/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flood~ back, kembali melanda sso: all the unhappy memories ~ed back as he entered the house, segala kenangan yg menyedihkan kembali melandanya apabila dia memasuki rumah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ back, menelefon /balik, kembali/; ~ so. back, a. return so’s telephone call, menelefon sso /balik, kembali/; b. recall so., memanggil sso balik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ back, a. return, (of person) pulang, balik, kembali: when is he coming back?, bila dia pulang?; b. be fashionable again, menjadi popular /semula, kembali/: mini skirts are definitely coming back this year, fesyen skirt mini pasti akan menjadi popular semula tahun ini; c. return (to memory) teringat /semula, kembali/: their names and faces slowly came back, sedikit demi sedikit saya teringat semula nama dan wajah mereka; d. be reintroduced, restored, /diadakan, diwujudkan/ semula: due to the high incidence of murder, many people hope that capital punishment will ~ back, krn pembunuhan kerap berlaku ramai orang berharap hukuman bunuh akan diadakan semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ back to, a. return to (particular place) kembali semula ke: we’ll ~ back to Tioman Island for the holidays next year, kita akan kembali semula ke Pulau Tioman utk cuti tahun depan; b. be returned to (shop etc), /dipulangkan, dikembalikan/ semula: this hi-fi set is ~ing back to the shop where I bought it, set hi-fi ini akan dikembalikan semula kpd kedai tempat saya membelinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ so. back, membawa sso /balik, kembali/; ~ so. back st, membawakan sso sst: if you’re going to McDonald’s, will you ~ me back some French fries?; jika kamu ke McDonald, boleh bawakan saya kentang goreng?; ~ st back, a. take st back with one, /0mengembalikan, memulangkan/ sst: the book should be brought back next week, buku itu hendaklah dikembalikan minggu depan; b. cause to recall st, /menghidupkan, membawa/ kembali sst: their encounter brought back happy memories, pertemuan mereka menghidupkan kembali kenangan gembira; c. cause st to be reintroduced, memperkenalkan sst semula: many are not in favour of ~ing back capital punishment, ramai yg tdk bersetuju hukuman bunuh diperkenalkan semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disgorgevt 1. vomit, memuntahkan: a volcano disgorging lava, gunung berapi yg memuntahkan lava; 2. (colloq) give up, hand back, menyerahkan kembali: to ~ ill-gotten gains, menyerahkan kembali keuntungan yg diperoleh secara haram; 3. pour out, melimpah; (crowds of people) berduyun-duyun keluar: the burst pipes ~d gallons of water, bergelen-gelen air melimpah dr paip-paip yg bocor; to ~ /itself, its waters/ into, melimpah ke: the Mississippi ~s its waters into the Gulf of Mexico, air sungai Mississippi melimpah ke Teluk Mexico.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flashbackn ulang /kembali, kenang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas