Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.di] | کمودي

Definisi : 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahan­nya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.di] | کمودي

Definisi : 1 perkakas (alat) pd bahagian belakang kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2 alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3 ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi: Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1 mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2 memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1 orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2 orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudi (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan stereng, setir, setang, lesa,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan teraju, pucuk pimpinan, kuasa tertinggi, pentadbir, pengurus, penyelia, pengelola, pengendali, penyelenggara,

Kata Terbitan : mengemudikan, pengemudi,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
helmn 1. kemudi; 2. (fig.), /pucuk, teraju/ pimpinan: with someone capable at the ~ , the country will become politically and economically strong, dgn adanya seorang yg berkebolehan dlm pucuk pimpinan, negara akan menjadi kuat dr segi politik dan ekonomi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hydroplanen 1. (light, fast motorboat) pesawat peluncur; 2. (device in submarine) kemudi datar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aleeadj & adv 1. on sheltered side of ship, di sebelah lindung angin; 2. towards sheltered side of ship, ke arah lindung angin: put the helm ~, pusingkan kemudi ke arah lindung angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impalevt pierce through, transfix, (act.) menikam, menusuk; (pass.) tertikam, tertusuk; (hist) menyula: the colonel committed suicide by impaling himself on his own sword, kolonel itu membunuh diri dgn menikam dirinya dgn pedang; his body was ~d on the broken steering column, badannya tertikam pd turus roda kemudi yg patah itu; the ing ordered him to be ~d, raja itu memerintahkan supaya dia disula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
columnn 1. upright pillar, tiang: the ~s supporting the roof, tiang-tiang yg menyokong bumbung; Nelson’s ~, tiang Nelson; 2. any column-shaped object or mass, a. (of smoke etc) kepulan, gumpalan; b. (of water) pancutan, memancut: a ~ of water shot up from the ground, pancutan air dr tanah; c. (the steering column) turus roda kemudi; 3. (journ) regular article, feature, ruang: gossip ~, ruang desas-desus; 4. a vertical row or list, lajur: write the figures in the ~s provided, tulis angka-angka di dalam lajur yg disediakan; 5. line of ships, people, etc following one another, jajaran: a ~ of soldiers, jajaran askar; a ~ of ants, jajaran semut; 6. (bot) turus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas