Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nal] | کنل

Definisi : 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nal] | کنل

Definisi : tahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang: Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka adalah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Saya kenal buah rambutan,
     Dalam seikat masak sebiji;
Manis benar wajahmu tuan,
     Di dalam kampung payah dicari.


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
acquaintanceclaim ~ with, mengaku kenal akan; have ~ with, a. (so.) kenal-kenal cina sahaja dgn (sso); b. (st) mempunyai pengetahuan ttg: he has little ~ with astronomy, dia mempunyai pengetahuan yg sedikit sahaja ttg ilmu falak; make /so’s ~, the ~ of so., ~ with so./, berkenalan dgn sso; on further ~, setelah berkenalan lebih lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indefatigableadj (fml) gigih, tdk kenal penat lelah; (of patience) tdk luntur: an ~ social worker, pekerja sosial yg tdk kenal penat lelah; he was ~ in his pursuit of the truth, dia gigih dlm usahanya mencari kebenaran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
know3. recognize as familiar, kenal akan, mengenal; (preceded by "will", "would", "shall", "should") mengenal, mengecam: don’t you ~ him?, kamu tdk kenal akan dia?; they would ~ that face anywhere, mereka dapat mengecam mukaKamus Inggeris-Melayu Dewan
blind daten 1. (social engagement) janji temu dgn sso yg tdk sso kenal; go on a ~, keluar dgn sso yg tdk sso kenal; 2. (person) teman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
computer literateadj kenal komputer.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acquaintedadj; be ~ (with each other) mengenal satu sama lain, berkenalan, kenal-mengenal antara satu sama lain: we are not ~, kami belum berkenalan; be ~ with, a. (so.) berkenalan dgn: we would like to get ~ with him, kami ingin berkenalan dgn dia; b. (st) tahu akan, mengetahui: they are not yet ~ with the facts of the case, mereka belum tahu lagi akan fakta-fakta kes itu; /become, get/ ~, berkenalan: they first got ~ three months ago, mereka mula berkenalan tiga bulan lalu; /become, get/ ~ with, a. (so.) mula berkenalan dgn; b. (st) mula mengetahui; make os ~ with st, membiasakan diri sso dgn sst; make so. ~ with st, memperkenalkan sst kpd sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knee -highadj 1. (of person) kecil: I’ve known him since he was only ~, saya kenal dia sejak dia kecil lagi; 2. (of water, grass, etc), /setinggi, separas/ lutut: the plant was almost ~, pokok itu hampir setinggi lutKamus Inggeris-Melayu Dewan
know~ of /so., st/, tahu /sso, sst/: I ~ of him but do not know him, saya tahu siapa dia tetapi saya tdk kenal akan dia; do you ~ of a shop that sells rattan furniture?, tahukah kamu akan kedai yg menjual perabot rotan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
know7. have experience of, mengalami, merasai, mengenal: to ~ poverty at an early age, mengalami kemiskinan semasa kecil lagi; ~ no /fear, sympathy, etc/, tdk /tahu, kenal/ /takut, simpati, dll/; 8. have memorized, haKamus Inggeris-Melayu Dewan
actuallyadv 1. in actual fact, sebenarnya: the amount ~ paid is not known, jumlah yg sebenarnya dibayar tdk diketahui; ~ I don’t know him, sebenarnya saya tdk kenal akan dia; 2. (indic incredulity) pula: he ~ expected me to carry his bag for him, dia mengharapkan saya mengangkat begnya pula; 3. at present, sedang, sekarang: the party ~ in power, parti yg sedang berkuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas