Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.hi.tan] | کڤاهيتن

Definisi : 1. perihal pahit; 2. ki kesusahan, kegetiran, penderitaan: sama-sama kami mengalami ~ hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.hi.tan] | کڤاهيتن

Definisi : 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yg tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pahit (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan maung, pahit maung,
Berantonim dengan manis

2. Bersinonim dengan getir: jerih, perih, perit, pedih, serik, sukar, susah, payah, sulit,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sedih, pilu, luka, hiba, lara, duka, dura,

Kata Terbitan : berpahit-pahit, memahitkan, kepahitan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bitternessn 1. (of taste) kepahitan: the ~ of the aloe, kepahitan jadam; 2. (of wind, winter, etc) yg /menggigit, menusuk/ ke tulang; 3. quality of being hard to bear or accept, kepahitan, kegetiran: life’s ~, kepahitan hidup; 4. animosity, pain, perasaan marah dan kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gall 1 n 1. bitterness, kepahitan, kegetiran; a letter full of ~, surat yg penuh dgn kegetiran; 2. (old use) bile, hempedu; 3. (colloq) kurang ajar: of all the ~!, kurang ajar betul!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas