Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.ca.ya.an] | کڤرچاياءن

Definisi : 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Peribahasa

Jadi penghubung mata telinga.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jadi penghubung kaki tangan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
entrenchedadj telah /berakar berumbi, berurat berakar/: ~ beliefs, kepercayaan-kepercayaan yg telah berakar berumbi; ~ political ideas, gagasan-gagasan politik yg telah berakar berumbi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beliefn kepercayaan: ~ in ghosts, kepercayaan pd hantu; the ~ at one time that the earth was flat, kepercayaan pd suatu masa dahulu bahawa dunia ini datar; he came in the ~ that..., dia datang dgn kepercayaan bahawa...; according to the Christian ~, menurut kepercayaan agama Kristian; her ~ in her friends, kepercayaannya thdp kawan-kawannya; our ~ that he is honest..., kepercayaan kami bahawa dia jujur...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
faithn 1. strong belief, complete confidence, kepercayaan, keyakinan; (in God) kepercayaan, percaya: children usually have ~ in their parents, anak-anak selalunya menaruh kepercayaan thdp ibu bapa mereka; I have ~ in his ability to do the job, saya mempunyai keyakinan bahawa dia boleh melaksanakan kerja itu; to put o’s ~ in God, percaya kpd Tuhan; lose ~, hilang kepercayaan, tdk percaya lagi: he has completely lost ~ in doctors, dia telah sama sekali hilang kepercayaan thdp doktor; 2. trust in God, his divinity, promises or actions, iman; 3. religion, agama: the Muslim ~, agama Islam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditworthinessn kepercayaan kredit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creditworthyadj mempunyai kepercayaan kredit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beliefbeyond ~, di luar kepercayaan; have /no, not much/ ~ in (doctors etc) tdk percaya pd (doktor dsb); to the best of my ~, saya betul-betul percaya; unworthy of ~, tdk dapat dipercayai: an idea unworthy of ~, idea yg tdk dapat dipercayai; in /o’s, so’s/ ~ that, krn sso percaya bahawa: in his ~ that he had fully recovered..., krn dia percaya bahawa dia telah betul-betul sembuh...; it is o’s ~ that, sso percaya (bahawa): it is my ~ that he lied, saya percaya dia berbohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
creedn 1. system of beliefs, principles, a. (in general) fahaman: his political ~, fahaman politiknya; b. (religious) kepercayaan, agama, akidah: men of all races and ~s, manusia drpd berbagai-bagai bangsa dan kepercayaan; 2. short, formal statement of faith, syahadat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hereticaladj menyeleweng, sesat: ~ beliefs, kepercayaan yg menyeleweng.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
archetypal, archetypicaladj arketip: ~ beliefs and images, kepercayaan dan imej arketip.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
argue~ so. out of, a. (a position, belief) mempengaruhi sso supaya mengubah [pendirian, kepercayaan]: it is impossible to ~ him out of the position he has taken up on the issue, dia sukar dipengaruhi supaya mengubah pendiriannya thdp isu itu; b. (doing st) memujuk sso supaya tdk: his wife finally ~d him out of resigning, isterinya akhirnya dapat memujuknya supaya dia tdk meletakkan jawatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas