Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra/] | کرق

Definisi : lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : ; ~-kerik = ~-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : ; ~ nasi sj tumbuhan (herba); a) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, Polianthes tuberosa; b) = ~ merah rumput sisik naga, terutup batu, Torenia polygonoides; c) Desmodium capitatum; d) Oldenlandia diffusa; ~ nasi paya sj tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, Alternanthera triandra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra/] | کرق

Definisi : lapisan yg keras dan kering yg melekat pd sesuatu. ~ bumi lapisan bumi yg keras yg terdiri drpd batu hablur. ~ nasi nasi yg keras yg melekat di bahagian dasar periuk. berkerak ada keraknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerak (kata nama)
1. Bersinonim dengan lapisan keras: selaput kering

2. Bersinonim dengan sisa: kotoran, karat, daki,

Kata Terbitan : berkerak,

Puisi
 

Telur murai di atas geta,
     Benang kerak disimpul pulih;
Orang duduk bertindih riba,
     Jangan diharap katakan boleh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada kerak,
     ada nasi.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crustaladj (geol) kerak: ~ movement, gerakan kerak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
encrustvi menjadi kerak: lava which cools and ~s on the surface, lahar yg menyejuk dan menjadi kerak di permukaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crustn 1. hard outer layer of bread, /kulit, kerak/ (roti); 2. hard, dry bread, roti keras; 3. hard, baked surface of pie, kulit; 4. (geol) kerak: the earth’s ~, kerak bumi; 5. any hard outer covering, lapisan (yg keras): a thin ~ of frozen snow, lapisan nipis salji beku; 6. scab, kuping, keruping;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
continentaladj 1. pertaining to a continent, benua: ~ crust, kerak benua; 2. characteristic of a continent, kebenuaan: ~ trait, sifat kebenuaan; 3. belonging to, characteristic of the Continent, Eropah: C~ powers, kuasa-kuasa Eropah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furn 1. hairy coat of some animals, bulu; 2. garment made of fur, pakaian bulu; 3. crust, a. (in kettle) kerak; b. (on tongue) selaput; ~ and feather, unggas dan binatang berbulu; make the ~ fly, mengakibatkan pertengkaran berlaku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agen 1. length of time person or thing has existed, umur, usia; (when comparing persons of the same age) /sebaya, seumur/ dgn sso: can you guess his ~?, dapatkah kamu meneka umurnya?; the ~ of the earth’s crust, umur kerak bumi; she has a daughter your ~, dia mempunyai anak perempuan yg sebaya dgn kamu; 2. normal duration, jangka /hayat, hidup/, /dijangka, dapat/ hidup: the ~ of a dog is twelve years, jangka hayat anjing ialah dua belas tahun or anjing dapat hidup selama dua belas tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas