Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.ja] | کرجا

Definisi : 1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menye­diakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ ber­usaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-­tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajib­an, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan; ~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta keteli­tian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahir­an; ~ kayu pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu); ~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengala­man; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh per­aturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg di­wajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-­bagai kerja atau latihan utk memahirkan murid-murid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, ber­sawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukang­an, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap); ~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai­-ramai; ~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga; sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkum­pulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama; bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman; memperkerjakan menyuruh atau menem­patkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel; pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja; berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pen­carian); tidak ~ a) tidak mempunyai peker­jaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan; pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menam­bah, mengurangi, membahagi, dan memper­banyak); pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk men­dapat bayaran atau memperoleh pendapat­an), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg ber­tanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerja­nya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapang­an; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; pengerja orang yg mengerjakan atau meng­usahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penye (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.ja] | کرجا

Definisi : 1 = pekerjaan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). ~ kosong jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). ~ lapangan kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. ~ raya kerja (membuat jalan raya dll) yg dibuat oleh kerajaan utk faedah orang ramai. bekerja membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. mengerjakan 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. pekerjaan 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. pekerja orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. ~ bulanan (mingguan) pekerja yg menerima gajinya tiap-tiap bulan (minggu). ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb dlm melakukan kerja lapangan. ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai jenis kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
harvestn 1. gathering of crops, a. (grains) penuaian, pengetaman, kerja-kerja /menuai, mengetam/: everyone in the village helped with the ~, setiap orang dlm kampung itu bantu-membantu dlm kerja-kerja menuai; b. (fruits, leaves) kerja-kerja memetik; 2. yield, a. (of grains), tuaian: half the rice ~ has been destroyed, separuh drpd tuaian padi itu telah musnah; b. (of fruits, leaves) petikan: a good apple ~, petikan epal yg baik; 3. season for gathering, a. (grains) musim /menuai, mengetam/; b. (fruits, leaves) musim memetik: 4. product of an effort, hasil: a search in the archives yielded a good ~ of information, penyelidikan di arkib itu membuahkan hasil maklumat yg baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darningn 1. work of darning, kerja-kerja /menjerumat, menisik/: she does her ~ at night, dia membuat kerja-kerja menjerumat pd waktu malam; 2. thing to be or being darned, barang(-barang) yg hendak /dijerumat, ditisik/: in her hurry, she left her ~ on the floor, krn tergesa-gesa, dia tertinggal barang-barang yg hendak dijerumatnya di atas lantai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
decorationn 1. act of decorating, kerja-kerja menghias(i): the ~ of the house is not yet finished, kerja-kerja menghias rumah itu belum lagi selesai; 2. st that decorates, perhiasan: Christmas ~s, perhiasan Krismas; 3. badge, medal, etc, pingat, bintang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
handymann orang yg boleh membuat kerja-kerja rencam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distastefuladj dibenci (sso): ~ chores, kerja-kerja yg dibenci; her familiarity is ~, perbuatannya yg melewati batas itu dibenci orang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
co-ordinate, coordinatevt menyelaraskan, mengkoordinasi: to ~ the work of the various departments, menyelaraskan kerja-kerja yg dijalankan oleh pelbagai jabatan; the man responsible for co-ordinating the British and American operations, orang yg bertanggungjawab mengkoordinasi gerakan tentera Inggeris dan Amerika; he found it difficult at first to ~ his movements, mula-mula dia berasa sukar utk mengkoordinasi gerak-gerinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drudgeryn kerja yg sukar dan membosankan; the ~ of, sukar dan membosankan: she hates the ~ of household chores, dia benci akan kerja-kerja rumah yg sukar dan membosankan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facilitatevt memudahkan: there are many new appliances to ~ housework, banyak alat baru yg memudahkan kerja-kerja rumah; the new medical inventions that ~ a patient’s recovery, ciptaan perubatan yg baru yg memudahkan pemulihan pesakit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dullnessn 1. monotony, kebosanan, bosannya: the ~ of routine paperwork, kebosanan kerja-kerja tulis menulis yg rutin; 2. listlessness, sikap /mambar, tdk bersemangat/; 3. quality of not being bright, (of colour) kesuraman, sebamnya; (of light) kesuraman, buramnya: 3. (of pain, ache) tdk mencucuk; 4. slowness in understanding, learning, kelembapan, kelembaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aheadadv 1. at, in the front, di hadapan: road-works ~, kerja-kerja membaiki jalan di hadapan; 2. in advance, dahulu: he went ~ to see whether the river was navigable, dia pergi dahulu utk memeriksa sama ada sungai itu boleh dilalui; you should plan ~, kamu harus merancang dahulu; 3. to the front, ke hadapan: to walk straight ~, berjalan terus ke hadapan; 4. (colloq) winning, leading, mendahului + approp n: he was ~ on points, dia mendahului peserta lain dr segi kiraan mata; ~ of, a. (in space) mendahului: he walked ~ of us, dia berjalan mendahului kami; b. (in time) lebih /awal, dahulu/: ~ of schedule, lebih awal dr masa yg dijadualkan; we arrived two hours ~ of them, kami tiba dua jam lebih awal drpd mereka; c. (fig.) mendahului: he was ~ of his classmates, dia mendahului kawan-kawan sedarjahnya; to be ~ of o’s time, mendahului zamannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas