Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ruh] | کروه

Definisi : 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenang­kan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn ke­adaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn pe­rasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata­-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, ke­adaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : dengkur, dengus; berkeruh, mengeruh berdengkur, menden­gus: malam itu Bujal tidur dgn nyenyaknya sambil mengeruh keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : ; ~ bumi sl sj ukuran jarak jauh (kira­-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer): kira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pd suatu sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : 1 tidak jernih (bkn air dsb) kerana ada keladak dll di dlmnya: Hujan lebat menyebabkan air sungai itu menjadi ~. 2 ki tidak tenteram atau tidak tenang (bkn suasana, keadaan dsb); tidak gembira (bkn air muka dsb): Air mukanya kelihatan ~. mengeruhkan 1 menjadikan (menyebabkan) keruh: Hujan lebat di hulu telah ~ air di hilir. 2 menjadikan tidak aman atau tidak gembira: Pertengkaran kecil telah ~ suasana di tempat itu. kekeruhan keadaan atau sifat keruh: ~ air perigi itu dpt dijernihkan dgn mencampakkan beberapa ketul tawas ke dlmnya. ~ suasana; ~ air muka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ruh] | کروه

Definisi : ; berkeruh mengeluarkan nafas dan bunyi yg kuat ketika tidur; berdengkur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keruh

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air kunyit pencuci kaki;
Adik jauhabang pun jauh,
     Tidur seminit dimasuk mimpi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cloudvi 1. also ~ over, become overcast, a. menjadi mendung: the sky ~ed over, langit menjadi mendung; b. (fig.), (menjadi) keruh: his face ~ed with anger, mukanya keruh krn marah; 2. also ~ over, become misty, menjadi kabur: the windows have ~d over due to the steam, tingkap-tingkap menjadi kabur disebabkan wap; her eyes ~ with tears, matanya menjadi kabur digenangi air mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fish~ in; ~ in troubled waters, /menangguk, memancing/ di air keruh, menahan jerat di pergentingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clearvi 1. become transparent, not turbid, menjadi jernih: the muddy water ~ed after the rain, air yg keruh itu menjadi jernih selepas hujan; 2. become unclouded, less severe, menjadi cerah; (of fog, mist, etc) menjadi tipis; (of storm) mereda: the sky ~ed, langit menjadi cerah; 3. (of face, countenance, etc) cerah, jernih: his face ~ed when he heard the good news, air mukanya cerah apabila mendengar berita baik itu; 4. disappear, hilang: this rash will ~ in a few days, ruam ini akan hilang dlm beberapa hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cloudyadj 1. overcast, mendung: ~ weather, cuaca mendung; 2. not clear, a. (gen) kabur: a ~ old mirror, cermin lama yg kabur; my memory is ~, ingatan saya kabur; his description of the incident is ~, ceritanya ttg kejadian itu kabur; b. (of liquid) keruh: the well water is ~, air perigi itu keruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discolour, (US) discolorvi a. (gen), /berubah, bertukar/ warna; b. (due to washing or exposure), i. (of clothes, fabric) menjadi /luntur, pudar, pucat/, turun warna; ii. (of jewellery, metal) menjadi /pudar, kusam/; iii. (of paper, teeth) menjadi kuning; c. (due to clouding by dirt etc) menjadi keruh; d. (due to a knock, blow) menjadi lebam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas