Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sat] | کست

Definisi : 1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sat] | کست

Definisi : 1 tidak licin; kasar apabila diraba: Kulit ikan pari ~ tetapi kulit ikan sembilang licin. 2 menyakiti hati (bkn kata-kata atau ucapan); kasar (perkataan): Dia mengeluarkan kata-kata yg ~ kpd kami. mengesat menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll): Dia ~ peluh di dahinya. mengesatkan menggunakan sesuatu (kain, kertas tisu dsb) utk mengesat: Kakak ~ kain buruk pd kaki kerusi itu. pengesat sesuatu yg digunakan utk mengesat: ~ tangan; ~ kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,

Puisi
 

Kain buruk tepi perigi,
     Budak-budak kesat belanga;
Hari ni saya pergi,
     Tunggu tuan di taman bunga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kesat daun pimping.

Bermaksud :

Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
abusiveadj 1. (of words, speech, language, etc) kesat: ~ jibes, ejek-ejekan yg kesat; ~ language, bahasa yg kesat, kata makian; 2. (of person) yg /menghamburkan, melemparkan/ /kata-kata makian, caci maki/: an ~ spectator, seorang penonton yg menghamburkan kata-kata makian; /be, become/ ~, mula /menghamburkan, melemparkan/ /kata-kata makian, caci maki/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughadj 1. not smooth, kesat, kasar: the cloth is ~ to the touch, kain itu kesat apabila disentuh; ~ hands, tangan yg kasar; 2. not level, lekuk-lekak: a ~ road, jalan yg lekuk-lekak; 3. shaggy, hairy, kesat, kasar: ~ skin, kulit kasar; a dog with ~ fur, anjing yg berbulu kesat; 4. stormy, violent, bergelora; (of wind) kencang: ~ seas, laut yg bergelora; a ~ voyage to the island, pelayaran yg bergelora ke pulau itu; 5. not gentle, kasar: ~ behaviour, perangai yg kasar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
invasiven (fml) kata-kata kesat: she screamed ~ at the man, dia memekikkan kata-kata kesat kpd lelaki itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crueladj 1. unkind, merciless, kejam, zalim; (of words, remark, etc) kesat: a ~ stepmother, ibu tiri yg zalim; he was ~ to animals, dia kejam thdp binatang; ~ remarks, kata-kata kesat; 2. distressing, menyayat hati: a ~ sight, pemandangan yg menyayat hati; a ~ fate, nasib malang; suffer a ~ death, mati sengsara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
acrimoniousadj 1. (of argument, quarrel) sengit, seru: an ~ dispute, perbalahan sengit; 2. (of remark, words, etc) kesat: ~ words passed between the rivals, kedua-dua pesaing itu saling melemparkan kata-kata kesat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offensiveadj 1. causing offence, /menyakiti, menyakitkan/ hati, menjelikkan; (of language) kesat; (of smell) busuk, kohong: I find your remarks extremely ~, saya mendapati kata-katamu sangat menyakitkan hati; his whole manner was ~, kelakuannya menyakitkan hati; she spoke in an ~ tone of voice, dia bercakap dgn nada yg menyakitkan hati; he was charged with using ~ language, dia didakwa menggunakan bahasa yg kesat; the room was dirty and had an ~ smell, bilik itu kotor dan berbau busuk; 2. rel to, suitable for attack, utk menyerang: ~ weapons, senjata utk menyerang; to take ~ action, mengambil tindakan utk menyerang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strong language n bahasa /kasar, kesat/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roughenvt mengesatkan, mengasarkan, menyebabkan [sst] /kesat, kasar/: the harsh weather has ~ed her complexion, cuaca itu menyebabkan kulitnya kasar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
splintery adj (of wooden surface) kasar dan kesat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offensivenessn /menyakiti, menyakitkan/ hati; (of language) kesat(nya); (of smell) busuk, kohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas