Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tam] | کتم

Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : ; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; ~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertu­kangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak ~; mengetam melicinkan kayu dgn ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : alat utk melicinkan kayu: ~ betina; ~ panjang. berketam (sudah) dilicinkan dgn ketam. mengetam melicinkan kayu dgn ketam. pengetaman 1 perbuatan atau hal mengetam. 2 tahi ketam; tatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh (sepasang kaki yg di hadapan sekali agak besar dan merupakan sepitnya): ~ bangkang; ~ galah. ~ batu a. sj ketam. b. ki orang yg sangat kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crab 1vi hunt for crab, mencari ketam: to go ~bing, pergi mencari ketam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jack -planen ketam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fiddler crabn ketam rebab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crab 1n 1. (crustacean) ketam; 2. (engin) keketam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fiddlyadj renyah: crabs taste nice but are ~ to eat, ketam sedap, tetapi renyah apabila hendak dimakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keepvi 1. remain fresh, tahan: food ~s longer when refrigerated, makanan tahan lebih lama jika disimpan dlm peti sejuk; how long will these crabs ~?, berapa lama ketam ini boleh tahan?; 2. can be left, boleh diKamus Inggeris-Melayu Dewan
bit2n 1. mouthpiece of the bridle, kekang, lagam; 2. boring-piece of drill, mata gerudi; 3. blade of plane, mata ketam; 4. nipping-part of pincers, mata ragum; 5. part of key that engages with lock-lever, gigi kunci;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itb. (as obj of prep or of act. verb) i. (gen) -nya: your plan doesn’t seem to be working. What are you going to do about ~?, rancangan kamu nampaknya tdk berhasil. Apa yg akan kamu lakukan tentangnya?; the plane is still in good condition but it’s got some grease on ~, ketam itu masih dlm keadaan elok tetapi terdapat gris sedikit padanya; I mislaid my purse and finally found ~ on the washing machine, saya salah letak dompet saya dan akhirnya menjumpainya di atas mesin basuh; ii. (when transitive verb preceding “it” becomes an intransitive verb in Malay), [not translated]: I should like to go abroad but I can’t afford ~, saya ingin ke luar negeri tetapi saya tdk mampu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas