Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hereditaryadj 1. rel to heredity, a. (gen) keturunan, kebakaan: ~ diseases, penyakit keturunan; ~ predisposition, predisposisi kebakaan; ~ transmission, penyaluran kebakaan; b. (of physical characteristics) mengikut keturunan: the colour of the skin is ~, warna kulit adalah mengikut keturunan; c. (of mental characteristics) mengikut keturunan, diwarisi; 2. (of property, title, belief, etc) turun-temurun, diwarisi: ~ estate, harta pusaka yg diwarisi; ~ rights, hak turun-temurun; ~ hatred, kebencian yg turun-temurun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heredityn keturunan, baka: characteristics determined by ~, sifat-sifat yg ditentukan oleh keturunan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
descendantn (person) keturunan: a ~ of Genghiz Khan, keturunan Genghiz Khan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
descendbe ~ed from, dr keturunan: he is ~ed from the royal family, dia dr keturunan kerabat diraja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ancestryn 1. lineage of ancestors, keturunan: he was proud of his noble ~, dia bangga dgn keturunan bangsawannya; 2. ancestors collectively, nenek moyang, leluhur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodn 1. liquid that circulates in man and animals, darah; 2. bloodshed, pertumpahan darah; 3. ancestry, (ber)keturunan, berdarah: he is of noble ~, dia keturunan bangsawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodlinen keturunan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
birthn 1. act or fact of being born, kelahiran: the ~ of a child, kelahiran seorang anak; there were more ~s than deaths last year, terdapat lebih banyak kelahiran drpd kematian pd tahun lalu; 2. family origin, descent, keturunan: he is of good ~, dia drpd keturunan baik-baik; 3. noble ancestry, keturunan bangsawan: a lady of ~, wanita drpd keturunan bangsawan; 4. beginning, coming into existence, lahirnya, kelahiran: the ~ of a new era, lahirnya satu era baru; the ~ of a political party, lahirnya satu parti politik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agnaticadj agnatik: ~ descent, keturunan agnatik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
generationfive ~s of my family have lived in this house, lima keturunan keluarga saya telah tinggal di rumah ini; the secret recipe was handed down from ~ to ~, resipi rahsia itu telah diturunkan dr satu generasi ke satu generasi; 4. period of time it takes for children to grow into adults and have children of their own, generasi: a ~ ago computer technology was quite unknown, satu generasi yg lalu teknologi komputer tdk diketahui ramai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas