Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
grape-vinen 1. pokok anggur; 2. (fig.) khabar-khabar angin: the ~ carried the story about his resignation even before the papers got hold of it, khabar-khabar angin membawa cerita ttg peletakan jawatannya sebelum pihak akhbar sempat mendapat cerita tersebut; she heard it on the ~, dia mendengar hal itu melalui khabar-khabar angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disservicen [various translations]: the spreading of such rumours would be a ~ to the country, penyebaran khabar-khabar angin spt itu akan merugikan negara; you will be doing him a ~ if you write that article, kamu akan menganiaya dia jika kamu menulis rencana itu: he did us a great ~ by setting up a flower shop just next to ours, dia merugikan kami krn membuka kedai bunga bersebelahan dgn kedai kami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falsityn 1. quality of being not true or correct, tdk benarnya: the ~ of the rumours, tdk benarnya khabar-khabar angin itu; 2. faithlessness, kepalsuan; 3. see FALSEHOOD (sense 1.); 4. see FALSEHOOD (sense 2.).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
buzzvi 1. (of bees, machinery) make a humming or vibrating sound, berdengung: the bees ~ed in the garden, lebah-lebah berdengung di taman, 2. be filled with, berdesas-desus: the town is ~ing with the news, bandar itu berdesas-desus dgn khabar-khabar tersebut; the room ~ed with voices, bilik itu berdesas-desus dgn suara manusia; 3. make a signal with a buzzer, menekan pembaz memanggil sso: he ~ed for his secretary, dia menekan pembaz memanggil setiausahanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ask~ after, a. (so.) /bertanyakan, menanyakan/ khabar, bertanya ttg kesihatan: if you meet him, remember to ~ after his mother, jika kamu menemuinya, jangan lupa bertanyakan khabar ibunya; b. (so’s health ) bertanya ttg;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abroad /be, get, spread/ ~, be, become widespread, tersebar (luas): when the news got ~, apabila khabar itu tersebar luas; a rumour is ~ that..., khabar angin tersebar luas kononnya...; from ~, dr luar negeri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hurtvt 1. injure, (act.) mencederakan; (accidentally ), (ter)cedera; (pass.) (ter)cedera: he ~ himself badly when he fell, dia cedera parah ketika jatuh; it was a bad accident but no one was ~, tdk sesiapa pun tercedera walaupun kemalangan itu teruk; 2. cause to feel physical pain, menyakitkan, menyakiti: I won’t ~ you, saya tdk akan menyakitimu; 3. distress, melukai hati; (feelings) melukai: I don’t want to ~ anyone’s feelings, saya tdk mahu melukai perasaan sesiapa pun; 4. spoil, impair, menjejaskan: these rumours could ~ his reputation, khabar-khabar angin ini boleh menjejaskan nama baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
confirmvt 1. finalize, ratify, mengesahkan: I wish to ~ my booking on MH 655, saya ingin mengesahkan tempahan saya bagi penerbangan MH 655; your appointment has been ~ed by the board, pelantikan kamu telah disahkan oleh pihak lembaga; 2. show that (o’s fear, suspicion, etc) is true, verify, menunjukkan [sst] betul: the letter ~ed my suspicion, surat itu menunjukkan apa yg saya syaki itu betul; 3. say that [st] is true, corroborate, mengesahkan: she asked me if I had heard the rumour and I ~ed that I had, dia menanyai saya kalau-kalau saya telah mendengar khabar-khabar angin itu, dan saya mengesahkan bahawa saya telah mendengarnya; 4. formally admit (so.) as member of the Church, menerima [sso] sbg ahli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
idle~ rumours, khabar angin; ~ threats, gertak-gerantang, gertak sambal; (to ask) out of ~ curiosity, bertanya krn ingin tahu sahaja; the ~ rich, orang kaya yg hidup senang-lenang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hearsayn khabar angin; (leg.) dengar cakap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas