Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.kir] | کيکير

Definisi : sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orangyg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (ber­kuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli; kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek: ia tidak ~ menyumbangkan derma; kekikiran perihal (sifat) kikir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : alat drpd keluli yg permukaannya atau tepinya bergerigi halus (biasanya digunakan utk melincinkan besi dll): ~ belah rotan; ~ pari. mengikir melicinkan atau mengikis besi dll dgn kikir. kikiran serbuk yg keluar apabila mengikir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.kir] | کيکير

Definisi : terlalu hemat atau terlalu berkira-kira membelanjakan sesuatu; kedekut; bakhil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kikir

Peribahasa

Macam kikir besi.

Bermaksud :

Orang kaya yang bakhil.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
file2n kikir: a nail ~, kikir kuku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bastardadj 1.,/b> illegitimate, haram, gampang, luar nikah; 2. abnormal, irregular in size, appearance, etc, [various translations ]: ~ sugar , gula sedang; ~ file, kikir kasar; ~ type, taip tak tara; 3. not genuine, tdk /tulen, jati, asli/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illiberaladj 1. not befitting a free man, tdk liberal, bersifat mengongkong: an ~ regime, rejim yg tdk liberal; 2. narrow-minded, bigotted, sempit, tdk liberal: his views on capital punishment are ~, pandangannya thdp hukuman bunuh adalah sempit; 3. mean, ungenerous, kedekut, kikir, bakhil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas