Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.mia] | کيميا

Definisi : ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg ber­kaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg di­keluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.mia] | کيميا

Definisi : , = ilmu ~ cabang ilmu sains mengenai juzuk, kandungan dan sifat-sifat sesuatu bahan serta tindak balas yg membentuk atau yg mengubah keadaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chemistryn 1. (branch of science), (ilmu) kimia; 2. composition and chemical properties, kimia: the ~ of lead, kimia plumbum; 3. (between two people) keserasian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemicaladj kimia: ~ solution, larutan kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inorganic chemistryn kimia tak organik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical warfaren perang kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical potentialn keupayaan kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical equationn persamaan kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical engineeringn kejuruteraan kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical bondn ikatan kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemical reactionn tindak balas kimia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chemistn 1. (scientist) ahli kimia; 2. see PHARMACIST.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas