Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya; berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai; 2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebar­debar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. men­jadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~; 4. Kl bergoyang, bergegar; ~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek); mengocak, mengocakkan 1. menggon­cang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll); terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus; kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak; pengocakan perihal atau perbuatan me­ngocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kocak I

Puisi
 

Anak Cina jambul tercacak,
     Mati dipanah Seri Rama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
     Rasa nak balik ke janda lama.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slop ~ /about, around/, a. <i> (of liquid) i> berkocak-kocak:<i> water ~s about in the bottom of the sampan, i> air berkocak-kocak di dasar sampan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
milk shake<i>ni> susu kocak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ripple<i>ni> 1. <i>wavelet,i> riak: <i>not a ~ disturbed the calm surface of the water,i> tdk ada riak yg mengocak permukaan air yg tenang itu; 2. <i>sound of rippling water,i> (bunyi) /decuh-decah, kocak-kacik/: <i>the ~ of the stream,i> bunyi decah-decuh anak sungai; 3. <i>sound like rippling water,i> a. (<i>of windi>) desiran: <i>the soft ~ of the wind in the ripe corn,i> desiran lembut angin di ladang jagung yg sedang masak; b. (<i>of laughter, applausei>) bunyi + <i>approp ni> yg perlahan; c. (<i>of conversationi>) desas-desus; 4. <i>wavy appearance,i> (<i>in hairi>) ketak; (/i>in fabrici>) riak; 5. <i>stripes of other flavours in vanilla ice-creams,i> riak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas