Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, me­nguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, ter­tanggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark sj alat bunyi-bunyian; kopok I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): Beberapa keping lantai papan rumah buruk itu telah ~. 2 bp kehabisan wang, mis kerana telah banyak berbelanja atau berbelanja tidak mengikut kemampuan diri: Dia ~ kerana berbelanja mengikut nafsu. mengopak 1 mengumpil hingga tercabut atau tertanggal (pintu dll); memecahkan: ~ dinding rumah. 2 membuang atau menanggalkan kulit buah-buahan; mengupas; mengopek: ~ kelapa (durian). terkopak terkopek atau tertanggal kulitnya (bkn buah-buahan); terkupas. ~-kapik sangat buruk keadaannya (kerana banyak yg rosak, pecah, kemik dll): Rumah-rumah di kampung itu semuanya ~-kapik kerana lama terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kopak


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disrepairn; fall into (a state of) ~, menjadi kopak-kapik: the old house has fallen into ~, rumah lama itu telah menjadi kopak-kapik; in (a state of) ~, dlm keadaan kopak-kapik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dilapidatedadj kopak-kapik, usang: the furniture was ~, perabot itu sudah kopak-kapik; ~ shacks, pondok-pondok yg usang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dilapidationn (keadaan) kopak-kapik, keusangan: the building is now lying in a state of ~, bangunan itu sekarang dlm keadaan kopak-kapik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
batteredadj 1. bruised (as if) by blows, luka-luka dan lebam-lebam; (of skull) pecah-pecah: the nurse bathes his ~ body, jururawat itu memandikan badannya yg luka-luka dan lebam-lebam; 2. disfigured, damaged by blows, hard usage, etc, a. (of face) cacat: the ~ face of the old boxer broke into a broad smile, petinju tua yg mukanya cacat itu tersenyum lebar; b. (of st made of metal) kemik-kemik: a ~ aluminium teapot, teko aluminium yg kemik-kemik; a ~ old truck, trak lama yg kemik-kemik; c. (of st that can be shattered, broken) rosak, kopak-kapik; (of ship) pecah-pecah dan kopak-kapik: a room full of ~ furniture, bilik yg penuh dgn perabot yg rosak; the once proud ship was a ~ wreck, kapal yg dahulunya menjadi kemegahan, sekarang telah pecah-pecah dan kopak-kapik; d. (of st made of soft, flexible material) renyuk-renyuk: a ~ songkok, songkok yg renyuk-renyuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas