Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg meling­kungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asal­nya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu per­tahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, per­kataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, ber­bentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur­-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta] | کوتا

Definisi : 1 tempat pertahanan yg dikelilingi tembok batu: Orang Portugis telah mendirikan sebuah ~ di Melaka. 2 tembok batu yg mengelilingi kubu pertahanan: Tinggi ~ Melaka ialah kira-kira sepuluh depa. 3 tempat orang berjual beli atau tempat berniaga; bandar: Banyak pemuda yg meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~. berkota 1 bertembok batu (bkn kubu). 2 mempunyai kota (bandar): Negeri yg ~ besar. mengota membina kota di keliling sesuatu. mengotai menjadi sbg kota pd. mengotakan 1 menggunakan sesuatu sbg benteng. 2 ki memenuhi atau menepati janji dll: Segala kata mestilah dikotakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kota

Puisi
 

Jauh sungguh kota seberang,
     Dekat lagi kota Cik Dayang;
Susah sungguh kasih seorang,
     Entahkan tidak kasih dan sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Barang yang dikata,
     itulah kota.

Bermaksud :

Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flowb. (of persons) pengaliran: the ~ of young people from the countryside to the cities, pengaliran orang muda dr kawasan luar bandar ke kota-kota besar; 2. rise of the tide, (air) pasang: the ebb and ~ of the sea, pasang surut air laut; on the ~, sedang /naik, pasang/; 3. continuous stream (of words) curahan: a ~ of angry words, curahan kata-kata marah; in full ~, sedang bercakap dgn lancar; the ~ of conversation, kelancaran perbualan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depopulatevt (act.), /menyusutkan, mengurangkan/ (bilangan) penduduk; (pass.), (bilangan) penduduk menjadi /susut, berkurang/: plague ~d the cities, wabak penyakit menyusutkan bilangan penduduk kota-kota itu; the town was quickly ~d after the closure of the mine, selepas penutupan lombong, bilangan penduduk di bandar itu menjadi susut dgn cepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cityn 1. large, important town, kota, bandar: industrial ~, bandar perindustrian; ~ dwellers, penduduk kota; 2. incorporated municipality, bandar raya, kota raya: the ~ of Kuala Lumpur, bandar raya Kuala Lumpur; ~ council, dewan bandar raya; 3. (people) penduduk /kota, bandar, bandar raya, kota raya/: the whole ~ turned up to welcome the visiting president, seluruh penduduk bandar raya keluar utk mengalu-alukan kedatangan presiden; 4. of, characteristic of a large town, kota: a ~ girl, gadis kota.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
castellatedadj berbentuk kota: a ~ house by the sea, sebuah rumah yg berbentuk kota di tepi laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentratevi 1. focus effort, attention, menumpukan perhatian: he is concentrating on his work, dia sedang menumpukan perhatian pd kerjanya; we should ~ on increasing productivity, kita patut menumpukan perhatian pd peningkatan daya pengeluaran; 2. converge, gather, bertumpu: the immigrant population tended to ~ in cities, penduduk imigran biasanya bertumpu di kota-kota;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
formerlyadv dahulu(nya), dulu(nya): he was ~ wealthy, dahulu dia kaya-raya; Kota Kinabalu, ~ Jesselton, is the capital of Sabah, Kota Kinabalu, dulunya Jesselton, ialah ibu negeri Sabah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cosmopolisn kota raya kosmopolitan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortn kubu, kota; hold the ~, (colloq) menjaga + approp n: Mr Gopi asked his assistant to hold the ~ while he took the day’s takings to the bank, Encik Gopi meminta pembantunya menjaga kedai sementara dia menghantar pendapatan hari itu ke bank.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Forbidden Cityn Kota Larangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
city-staten negara kota.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas