Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ya/] | کويق

Definisi : carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup ber­korban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan me­nyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(­carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ya/] | کويق

Definisi : sobek (bkn kain, kertas dll); carik; robek: Bajunya ~ terkait onak. Buku itu sudah ~. ~ rabak koyak yg panjang dan lebar. mengoyakkan menjadikan koyak (carik); menyiat; mencarik: ~ kertas; ~ sampul surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Koyak tak berbunyi.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
buggeredadj (UK), (taboo) 1. exhausted, melepek: after a 20-mile hike we were really ~, selepas berjalan kaki sejauh 20 batu kami betul-betul melepek; 2. ruined, sudah koyak: you’ll have to get a new generator. This one is ~, kamu mesti membeli generator baru; Yang ini sudah koyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
darn1vi & vt menjerumat, menisik: she ~s well, dia pandai menjerumat; to ~ a tear in an apron, enjerumat bahagian apron yg koyak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dingyadj suram dan kotor; (of clothes, curtains, furnishing, etc) pudar: the ~ industrial towns, bandar-bandar perusahaan yg suram dan kotor; his overcoat was ~ and tattered, kot luarnya pudar dan koyak rabak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bloodyvt 1. make bloody by causing to bleed, approp v + sehingga berdarah: if you don’t shut up I’ll ~ your nose!, jika kamu tdk tutup mulut kamu, saya akan menumbuk hidung kamu sehingga berdarah; 2. (usu pass.) stain with blood, (act.) mendarahi; (pass.) berdarah: his shirt was all torn and bloodied, kemejanya koyak rabak dan berdarah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas