Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat] | قوات

Definisi : 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat­-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kele­bihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat­-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, ber­tindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pen­dapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau meng­hebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) me­nguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : ; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat burung kerana sayap;
     kuat ikan kerana radai.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
aloudadv kuat-kuat, dgn kuat: read the story ~, baca cerita itu kuat-kuat; /call, cry/ ~, menjerit, memekik: she cried ~ when the boy kicked her, dia menjerit apabila budak lelaki itu menendangnya; say st ~, menyebut sst; think ~, menyatakan /apa-apa yg difikirkan, fikiran/ sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gob. be less active, tdk bekerja kuat-kuat: he should ~ slow as he is not fully recovered, dia sepatutnya tdk bekerja kuat-kuat oleh sebab dia belum sembuh betul; ~ to it, buat bersungguh-sungguh; be ~ing to, (expressing intention of future action) akan: they’re ~ing to arrest him, mereka akan menangkapnya; I am ~ing to win this time, saya akan menang kali ini; anything ~es, (colloq) apa pun boleh; from the word ~, sejak mula lagi: the project was a failure fromKamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ down, a. keep down, memegang kuat-kuat: he had to ~ the dog down while the vet gave it an injection, dia terpaksa memegang anjing itu kuat-kuat apabila doktor menyuntik anjing tersebut; b. keep at a low level, mengawal: the government is trying to ~ prices down, kerajaan sedang mencuba mengawal harga; c. suppress, menindas: a nation cannot be held down forever, sst bangsa tdk boleh ditindas selama-lamanya; d. keep, kekal dgn: as he is unreliable, he can’t ~ down any job, krn dia tdk boleh diharap, dia tdk boleh kekal dgn sst pekerjaan; ~ o’s head down, menundukkan kepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ on to, a. hold tightly, memegang kuat-kuat; (so’s arm, rope, branch, etc) berpaut pd: she held onto the book as though she would never let it go, dia memegang buku itu kuat-kuat seolah-olah dia tdk akan melepaskannya; he hung on to the rope in desperation, dia berpaut pd tali itu dlm keadaan terdesak; b. keep, retain, tdk melepaskan: I am ~ing on to those shares although the value has gone down, saya tdk akan melepaskan saham-saham itu walaupun nilainya telah turun; c. find support in, tempat bergantung: I have nothing to ~ on to since my family deserted me, saya tdk ada tempat bergantung semenjak keluarga saya meninggalkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gripvt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friend’s hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ on to, a. grasp tightly, /berpegang kuat-kuat, berpaut/ pd: she held on to the ship’s railing tightly, dia berpaut dgn kuat pd susur kapal itu; b. restrain, menahan: he managed to ~ on to his temper, dia dapat menahan kemarahannya; c. keep in o’s possession, tdk menjual: he is ~ing on to those shares as the value is increasing, dia tdk menjual syernya krn nilainya sedang meningkat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bone~ up (on st), (sl) belajar (sst) /kuat-kuat, bersungguh-sungguh/: she’s boning up on her maths for the exam, dia sedang belajar matematik bersungguh-sungguh utk menghadapi peperiksaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ingrainedadj 1. worked or fixed deeply into surface, fibre, etc, melekat: hard scrubbing would not remove the ~ dirt, kotoran itu yg melekat tdk akan tanggal walaupun diberus kuat-kuat; 2. deeply rooted, telah berurat berakar; (of habit) sudah mendarah daging: these prejudices are ~ in him, prasangka-prasangka ini telah berurat berakar dlm dirinya; ~ fears, rasa takut yg telah berurat berakar; 3. absolute, utter, betul-betul, benar-benar: an ~ liar, orang yg betul-betul pembohong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bindvt 1. fasten, secure, tie, mengikat: they bound him hand and foot, mereka mengikat kedua-dua belah tangan dan kakinya sekali; the captive was bound to a post, tawanan itu diikat pd tiang; to ~ the sticks together with a cord, mengikat batang-batang kayu itu dgn tali; ~ st fast, fasten tightly, mengikatkan sst kuat-kuat: to ~ the rope fast, mengikatkan tali itu kuat-kuat; 2. also ~ up, encircle as with a band, mengikat: she bound her hair with a ribbon, dia mengikat rambutnya dgn reben;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flingvt 1. hurl, (book, stone, etc) melempar(kan), membaling, melontar(kan); (a short distance and downwards) mencampak(kan): he flung the stone at the dog, dia melempar batu pd anjing itu; he flung his hat into the air, dia melempar topinya ke udara; 2. place or push (st) roughly, mencampakkan: she flung her clothes onto the floor, dia mencampakkan pakaiannya ke lantai; ~ st open, membuka sst kuat-kuat: she flung open the windows and screamed for help, dia membuka tingkap kuat-kuat lalu menjerit meminta tolong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas