Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.liah] | کليه

Definisi : Ar 1. pelajaran yg disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan: setengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yg dikemukakan dlm ~nya; bilik ~ bilik tempat menyampaikan ku­liah; 2. ceramah agama: ~ subuh; 3. fakulti yg terdapat di sesetengah universiti; 4. ark sj maktab atau sekolah tinggi; ~ guru maktab guru; berkuliah memberi kuliah, bersyarah (utk menyampaikan ilmu pengetahuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.liah] | کليه

Definisi : pelajaran yg diberikan secara lisan oleh pensyarah (mahaguru) di universiti atau di maktab; syarahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuliah


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
encompassvt 1. encircle, melingkungi: the building was ~ed by high walls, bangunan itu dilingkungi tembok tinggi; 2. surround, a. mengelilingi, mengepung:it was reported that the enemy had ~ed the city-state, dilaporkan bahawa pihak musuh telah mengelilingi negara kota itu; b. (fig.) menyelubungi: to be ~ed with doubts, diselubungi keraguan; 3. include, contain, merangkumi: the lectures will ~ all the major topics in this field, kuliah-kuliah itu akan merangkumi semua tajuk utama dlm bidang ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
informativeadj instructive, memberikan maklumat; (of person) banyak memberikan maklumat: an ~ lecture, kuliah yg memberikan maklumat; an ~ book, buku yg memberikan maklumat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jejuneadj (fml) 1. dull, uninteresting, dry, membosankan, menjemukan: ~ lectures, kuliah yg membosankan; 2. naive, childish, masih mentah, belum matang: her ~ remarks on the current political trend, komennya yg masih mentah ttg aliran politik masa kini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fidget~ with, memain-mainkan: he ~ed with his pen throughout the lecture, dia memain-mainkan pennya sepanjang kuliah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extemporize, extemporisevt (fml) approp v [n] + secara spontan: to ~ a lecture, memberi kuliah secara spontan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ so. through (exam, test), /membantu, menolong/ hingga sso lulus: with additional classes the lecturer got all his students through, dgn mengadakan kuliah tambahan, pensyarah itu dapat membantu hingga semua pelajarnya lulus; ~ st through, a. cause st to move, pass through, membawa sst melalui: we could not ~ the cupboard through the door, kami tdk dapat membawa almari itu melalui pintu; b. cause st to be passed by Parliament, (berjaya) mengatur supaya sst diluluskan: to ~ a bill through the House, berjaya mengatur supaya rang undang-undang diluluskan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
characteristicallyadv 1. in a characteristic manner, spt biasa: ~, he fell asleep during the lecture, spt biasa, dia tidur semasa mendengar kuliah; 2. in a way that is characteristic of, sifat, ciri: a friendliness which is ~ Malaysian, sifat ramah-tamah yg menjadi sifat orang Malaysia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
advisevt 1. counsel, menasihati, menasihatkan: he ~d his son to attend lectures regularly, dia menasihati anak lelakinya supaya selalu menghadiri kuliah; the doctor ~d complete rest, doktor menasihati saya supaya berehat sepenuhnya; 2. inform, notify, memberitahu, memaklumkan [sst] kpd: we will ~ you of any change of plan, kami akan memberitahu tuan ttg sebarang perubahan rancangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dulladj 1. uninteresting, boring, membosankan: a ~ weekend, hujung minggu yg membosankan; the lecture was so ~ that many students fell asleep, kuliah itu begitu membosankan hingga ramai penuntut yg tertidur; a ~ film, filem yg membosankan; 2. not very lively, listless, mambar, tdk bersemangat: at first she was rather talkative, but after a few hours she became ~ and quiet, mula-mula dia agak ramah, tetapi setelah beberapa jam, dia menjadi mambar dan senyap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halln 1. entrance, vestibule of house, ruang depan; 2. building for public gatherings, events, etc, dewan: the school ~, dewan sekolah; lecture ~, dewan kuliah; the only seats available for the concert were at the back of the ~, tempat duduk yg masih ada utk konsert itu hanyalah di bahagian belakang dewan; community ~, dewan orang ramai; village ~, balai raya; 3. main office of a local government authority, dewan: the town ~, dewan perbandaran; City H~, Dewan Bandaraya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas