Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ba] | لاب

Definisi : 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ba] | لاب

Definisi : 1 keuntungan yg diperoleh drpd perniagaan, berjual beli, pelaburan dll: Syarikat itu telah mendapat ~ yg berlipat ganda. 2 faedah; guna: Perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa ~ pun. berlaba mendapat laba; beruntung. melabakan menghasilkan (mendatangkan) laba; menguntungkan: Perniagaan beras ~ beberapa orang di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laba (kata nama)
Bersinonim dengan keuntungan, untung, hasil, pendapatan, perolehan, dividen, faedah, bonus;,
Kata Terbitan : berlaba, melabakan,

Peribahasa

Kalau laba bercikun-cikun,
     buruk diberitahu orang.

Bermaksud :

Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
capital gainn laba modal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capital gains taxn cukai laba modal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gainn 1. profit, laba, keuntungan: love of ~, suka mencari keuntungan; to invest a lot of money in property with the hope of ~, melaburkan wang yg banyak dgn membeli harta utk mendapatkan keuntungan; 2. advantage, improvement, [various translations]: his loss is our ~, kerugiannya ialah keuntungan kita; the compromises reached and the ~s achieved at the summit, tolak ansur dan kemajuan yg dicapai di sidang kemuncak itu; the Labour Party’s ~s in the election surprised many people, pertambahan kerusi bagi Parti Buruh dlm pilihan raya itu memeranjatkan ramai orang; a ~ in confidence, bertambah yakin; 3. act of gaining, acquisition, pemerolehan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflationaryadj 1. of, rel to inflation, inflasi: ~ gains, laba inflasi; ~ pressure, tekanan inflasi; 2. causing inflation, /menyebabkan, mengakibatkan/ inflasi: ~ policies, dasar-dasar yg menyebabkan inflasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gainvi 1. derive benefit, beruntung, menguntungkan; (in form of profit) mendapat /keuntungan, laba/: he will ~ in the long run by his patience, dia akan beruntung akhirnya sekiranya dia bersabar; she will definitely ~ from the experience, pengalaman itu tentu saja menguntungkannya; since I put up the capital, I expect to ~ from the venture, oleh sebab saya yg mendahulukan modal, saya berharap akan mendapat keuntungan drpd urusniaga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gain4. increase in amount, size, power, etc, pertambahan, bertambah: the baby’s ~ in weight, berat badan bayi yg bertambah; sales aggregated 10,000 tons this year, a ~ of 3% over 1987, jualan tahun ini berjumlah 10,000 tan, pertambahan sebanyak 3% berbanding dgn jualan pd tahun 1987; 5. (in pl) profits, winnings, laba, keuntungan: capital ~s, keuntungan modal; export ~s increased this year, laba eksport bertambah tahun ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas