Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.da] | لادا

Definisi : 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.da] | لادا

Definisi : berbagai-bagai jenis herba atau buahnya (buahnya pedas dan selalu diguna-kan dlm masakan). ~ api (kecil) lada yg kecil buahnya tetapi berasa sangat pedas, Capsicum frutescens. ~ besar lada yg besar buahnya dan tidak berapa pedas, Capsicum annum. ~ hitam lada yg buahnya bulat dan hitam warnanya, Piper nigrum. ~ kering lada besar masak yg telah dikeringkan. ~ sulah lada berwarna putih, Piper refrofracfum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lada
Rujuk :cili

Puisi
 

Masak taugeh goreng lada,
     Lada ditumbuk lada putih;
Tuan menagih pada yang ada,
     Saya merajuk pada yang kasih.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hot peppern /lada, cili/ /api, kerawit/, cabai burung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
green peppern lada Benggala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
black peppern lada hitam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chillin cili, cabai, lada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
capsicumn cili kembung, lada benggala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cruetn set of containers for salt, pepper, etc, peranggu garam lada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bantamn 1. small-sized fowl, ayam katik; 2. small, aggressive person, kecil-kecil /cili, lada/ /padi, api/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chickenn 1. domestic fowl, ayam; ~ and egg situation, kes yg mana datang dulu, ayam atau telur; count o’s ~s before they are hatched, burung terbang dipipiskan lada; 2. cooked flesh of domestic fowl, (daging) ayam; 3. coward, (sl) pengecut, penakut, bacul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bitevt 1. seize or attack with the teeth, sting, etc, menggigit; (accidentally) tergigit; (of snake) mematuk, menggigit: the dog bit the postman, anjing menggigit posmen itu; the mosquito bit him on the arm, nyamuk menggigit lengannya; she is biting her nails, dia sedang menggigit kukunya; I bit my tongue, saya tergigit lidah; 2. cause to smart, a. (of wind etc), /menusuk, menggigit/ ke: the cold wind bit our faces, angin sejuk menusuk-nusuk ke muka kami; b. (of food, drink), [various translations]: pepper ~s the tongue, lada sulah memedaskan lidah; 3. corrode, memakan: acid ~s metal, asid memakan logam; 4. take firm hold of, grip, mencengkam: we need a clamp to ~ the wood, kami memerlukan pengapit utk mencengkam kayu itu; 5. (sl), (usu in pass.) deceive, terpedaya: she got bitten in a mail-order swindle, dia terpedaya dlm penipuan pesanan melalui pos;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas