Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hit paraden lagu-lagu suka ramai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortifyb. (mentally, morally) memperkuat, memperkukuh: to ~ themselves, they began singing hymns, utk memperkuat semangat, mereka mula menyanyikan lagu-lagu mazmur; 3. make (resolve, idea, etc) stronger or firmer, memperkukuh, memperkuat: their opposition only fortified his determination to carry the plan through, tentangan mereka hanya memperkuat azamnya utk melaksanakan rancangan itu; 4. enrich, memperkuat: bread fortified with vitamins, roti yg diperkuat dgn vitamin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lachrymoseadj (fml) 1. tearful, mudah /menangis, mengeluarkan air mata/; 2. (often derog) sad, sedih: ~ songs, lagu-lagu sedih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keepb. maintain morale, courage, spirit, etc, supaya [sst] tdk + approp adj: they kept their spirits up by singing patriotic songs, mereka menyanyikan lagu-lagu patriotik supaya semangat mereka tdk luntur; c. take care of stKamus Inggeris-Melayu Dewan
evergreenadj 1. having leaves all the year round, malar hijau: ~ tropical plants, tumbuh-tumbuhan tropika malar hijau; 2. ever enduring, sepanjang zaman: ~ songs, lagu-lagu sepanjang zaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convivialadj 1. merry, meriah: a ~ party, majlis yg meriah; 2. jovial, riang; (of person) periang: ~ atmosphere, suasana riang; ~ songs, lagu-lagu riang; ~ companions, rakan-rakan yg periang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
build~ st /on, upon/, a. base st on, (act.) /mengasaskan, mendasarkan/ sst kpd; (pass.) sst /berasaskan, berdasarkan/: Beethoven built much of his music on German folk tunes, Beethoven mengasaskan sebahagian besar muziknya kpd lagu-lagu rakyat Jerman; b. place hope etc on, meletakkan harapan dsb pd;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anthemn 1. song of devotion, lagu kebangsaan: national ~, lagu kebangsaan negara; 2. (psalm, hymn) anthem, lagu puja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divineadj 1. of, rel to, a. (God) Tuhan: ~ judgement, pengadilan Tuhan; b. (deity) tuhan, dewa: ~ displeasure, kemurkaan tuhan; 2. devoted to, a. (God) memuji Tuhan; b. (deity) memuji /tuhan, dewa/: ~ songs, lagu-lagu memuji tuhan;3. (colloq) delightful, [various translations]: what a ~ dress, cantik betul baju ini; the music is ~, muziknya sedap betul; I met the most ~ man last night, malam semalam saya berjumpa dgn lelaki yg lawa betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jazzvt play in the manner of jazz, memainkan [lagu] mengikut irama jaz: to ~ an old tune, memainkan lagu lama mengikut irama jaz;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas