Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-lalang = ~-landang a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurah­curah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Pisang rendah masak hijau,
     Nanti layu tidak layu;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Nanti lalu tidak lalu.


Lihat selanjutnya...(103)
Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(73)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glancen brief look, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: a ~ at the newspaper, memandang surat khabar sepintas lalu; at a ~, sekali pandang: June could see at a ~ that he was extremely worried, sekali pandang June tahu dia sangat risau; at first ~, pertama kali pandang: it looks easy at first ~, pertama kali pandang perkara itu nampak mudah; /cast, have, take/ a ~, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: she cast a quick ~ at her face in the mirror, dia memandang mukanya sekali lalu dlm cermin; exchange~s, saling /berpandangan, pandang-memandang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glancevi 1. look briefly, swiftly, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: she ~d in my direction, dia memandang sepintas lalu ke arah saya; he ~d from one to the other questioningly, dia memandang sepintas lalu dr seorang ke seorang lagi dgn penuh tanda tanya; I heard someone calling me and glancing around, saw my brother, saya terdengar seseorang memanggil, dan apabila saya memandang sekeliling sekali lalu, saya ternampak adik saya; 2. glint, berkilau: the silver tray ~d in the candle light, dulang perak itu berkilau disinari cahaya lilin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance~ st /over, through/, membaca sst /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: the lecturer ~d over the student’s assignment during her free time, pensyarah itu membaca sekali lalu tugasan pelajar itu pd waktu lapangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance~ at, a. look briefly, swiftly at, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali imbas, sekali lalu/: she ~d shyly at him, dia memandangnya sepintas lalu dgn malu-malu; he ~d at the title of the book, dia memandang sekali imbas tajuk buku itu; b. also ~ through, read quickly, membaca /sekilas, sepintas lalu, sekali imbas, sekali lalu/: he didn’t even have time to ~ at the newspaper this morning, dia tdk sempat pun membaca surat khabar sepintas lalu pagi tadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoadv yg /lalu, lepas/, dahulu; (ref to a longer period) dahulu, yg /lampau, lalu/: a few minutes ~, beberapa minit yg lalu; some weeks ~, beberapa minggu yg lalu; about seven or eight years ~, kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. long since, pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: it happened long ~, peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. in bygone days, pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleetingadj a. lasting only a short time, sekejap; (of glimpse, glance) sepintas lalu, sekilas (lalu), /sekilas, selayang /pandang, sejenak, seketika: he paid them a visit, dia melawat mereka sekejap sahaja; she gave the passport no more than a ~ glance, dia hanya memandang pasport itu sejenak; a ~ romance, percintaan kilat; for a ~ moment, buat seketika: for a ~ moment I thought he was going to hit me, buat seketika saya fikir dia hendak menumbuk saya; b. ephemeral, sekejap, sebentar: the ~ beauty of autumn, kecantikan musim gugur yg sekejap sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cursoryadj sepintas lalu: a ~ glance, pandangan sepintas lalu; a ~ report, laporan sepintas lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
last 1 2. coming immediately before the present, lalu, lepas: ~ Saturday morning, pagi Sabtu yg lalu; on Monday ~, hari Isnin yg lepas; this day ~ year, hari ini pd tahun lalu; I’ve been very busy the ~ few weeks, saya begitu sibuk beberapa minggu yg lalu; ~ /evening, night/, /petang, malam/ tadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frighten~ so. /away, off/, a. membuat sso takut lalu lari: the barking dog ~ed the burglar away, anjing yg menyalak itu membuat pencuri itu takut lalu lari; b. (fig.) membuat sso lari: the new decor of the restaurant with its bright colours and loud music ~ed the old customers away, hiasan baru restoran itu dgn warnanya yg terang dan muziknya yg kuat, membuat pelanggan-pelanggan lama lari; ~ st /away, off /, membuat sst takut lalu lari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hindsightn pengalaman yg lalu: with ~ we can point out what should have been done, dgn pengalaman yg lalu kita boleh mengatakan apa yg sepatutnya kita lakukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas