Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.car] | لنچر

Definisi : terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang­-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu; 2. menghafaz, selalu meng­ulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir dua puluh ~ bertiang tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
flow3. proceed smoothly, berjalan lancar: the conversation did not ~ easily, perbualan itu tdk berjalan lancar; the policeman watched the traffic ~ing down the motorway, polis itu memperhatikan lalu lintas berjalan lancar di lebuh raya; 4. (of tide) rise, naik, pasang: the tide is beginning to ~, air mula naik; 5. come or derive (from so., st) datang(nya): in mediaeval Europe all power ~ed from the monarch, di zaman pertengahan Eropah kesemua kuasa datang dr raja; 6. continue smoothly, meluncur: his speech ~ed on without hesitation, ucapannya meluncur tanpa tersekat-sekat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facileadj 1. effortless, mudah: a ~ victory, kemenangan yg mudah; ~ reading, bacaan yg mudah; 2. fluent, lancar: a ~ speaker, penceramah yg lancar; a ~ style of writing, gaya penulisan yg lancar; 3. glib, licik, licin: a ~ liar, penipu yg licik; 4. superficial, cetek: a ~ mind, fikiran yg cetek; 5. (archaic) gentle, easygoing, lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
free10. (of movement) unobstructed, lancar: the bridge is wide enough to allow the ~ passage of traffic, jambatan itu cukup luas utk membolehkan lalu lintas berjalan lancar; 11. unattached, lepas: the ~ end of the rope, hujung tali yg lepas; the ~ end of the beam, hujung alang yg lepas; 12. (chem) bebas: ~ hydrogen, hidrogen bebas; 13. (ling) bebas: a ~ morpheme, morfem bebas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fluentadj able to speak, write with facility, fasih, dgn /fasih, lancar/: he is ~ in Malay, dia fasih berbahasa Melayu; he speaks ~ Malay, dia bertutur bahasa Melayu dgn lancar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comee. improve in health, semakin sihat: the patient is coming along nicely, pesakit itu semakin sihat; f. make progress, berjalan lancar; (interrog) berkembang, perkembangan: the project is coming along very well, projek itu sedang berjalan lancar; how is the dictionary coming along?, bagaimana dgn perkembangan kamus itu?; g. improve, bertambah baik: his Japanese is coming along fine, penguasaan bahasa Jepunnya bertambah baik; h. arrive by chance, ada: when the opportunity ~s along I’ll take it, bila ada peluang saya akan mengambilnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hum~ and haw, tersekat-sekat, tdk lancar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jerkinessn (of motion) tersentak-sentak, tersentap-sentap; (of prose style etc) tdk lancar, tersekat-sekat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
idiomaticadj 1. in accordance with the idioms of a language, idiomatik: he speaks fluent, ~ French, dia bercakap dlm bahasa Perancis yg lancar dan idiomatik; 2. consisting of an idiom, berupa /idiom, ungkapan, simpulan bahasa/: an ~ phrase, frasa yg berupa ungkapan; 3. full of idioms, berbunga-bunga: an ~ style of writing, gaya penulisan yg berbunga-bunga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beginto ~ with, a. at first, mula-mula, pd mulanya: everything went well to ~ with and then it started to rain, pd mulanya semuanya berjalan lancar, tiba-tiba hujan pun turun; b. in the first place, pertama-tama(nya): to ~ with, he lacks experience, pertama-tamanya, dia kurang pengalaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abruptnessn 1. suddenness, tiba-tiba, mendadak; 2. Brusqueness, kasar: ~ of manner, gaya yg kasar; 3. Disconnectedness, ketidaklancaran, tdk lancar, terputus-putus; 4. steepness, kecuraman: the ~ of the slope, kecuraman cerun itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas